Horlicks® Chocolate diperkaya 23 khasiat penting

0
Group-Photo-1---Horlicks-Chocolate-Launch2

Minuman kesihatan baru ini bukan sahaja datang dengan rasa coklat yang lazat, malah memberi kombinasi khasiat pemakanan khusus bagi menyediakan keperluan kanak-kanak yang sedang membesar.

PENYELIDIKAN menunjukkan, ada  jurang pemakanan yang besar di kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan 13.2% kurang berat badan dan 15.8% menunjukkan tumbesaran terbantut.  Ini sebahagian besarnya disebabkan tabiat pemakanan kurang sihat seperti tidak mengambil sarapan pagi, kerap mengambil makanan ringan dan makanan segera, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menurut Profesor Pemakanan dari Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), Profesor Dr Khor Geok Lin, berkata, kelaparan tersembunyi tidak sama seperti kelaparan akibat kekurangan makanan. Kekurangan vitamin dan mineral kronik biasanya tidak menunjukkan tanda amaran jelas, jadi orang yang mengalaminya tidak sedar,  tetapi kesannya tetap memudaratkan kerana kelaparan tersembunyi boleh menyebabkan perkembangan mental lemah, kesihatan fizikal dan produktiviti rendah.

“Kajian di Malaysia menunjukkan, kanak-kanak sekolah di kawasan bandar turut mengalami kekurangan mikro nutrien termasuk vitamin D yang penting bagi penyerapan kalsium. Kekurangan zink, zat besi dan iodin juga diperhatikan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Ibu bapa perlu anak mereka sejak kecil untuk makan dengan betul dan mengamalkan diet seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamindan mineral,” kata Profesor Khor.

Memahami setiap ibu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka,  GlaxoSmithKline Consumer Healthcare, dalam segmen penjagaan kesihatan pemakanan dan OTC, memperkenalkan rumusan baru dan dipertingkat untuk minuman malt klasiknya, Horlicks® Chocolate.

Minuman kesihatan baru ini bukan sahaja datang dengan rasa coklat yang lazat, malah memberi kombinasi khasiat pemakanan khusus bagi menyediakan keperluan kanak-kanak yang sedang membesar untuk tumbesaran dan perkembangan menyeluruh, sekali gus menggabungkan kebaikan unik khasiat Horlicks® dengan rasa baru yang pasti digemari kanak-kanak.

Diperkata dengan  23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat, protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral, Horlicks® Chocolate baru mengandungi kebaikan semula jadi susu, barli malt dan gandum untuk menyokong keperluan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

Photo - Horlicks Chocolate Mobile School Program

Pelancaran Horlicks® Chocolate juga memulakan siri jelajah membabitkan keluarga dalam aktiviti yang menyeronokkan, serta Trak Bergerak Horlicks® yang menawarkan sampel percuma yang berhenti di pusat membeli-belah terpilih dan lokasi bertrafik tinggi di seluruh Malaysia.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Glaxo Smith Kline Consumer Healthcare Malaysia dan Brunei,  Rachel Ferdinando, berkata, mereka komited untuk menjadi nama paling dipercayai dalam memupuk khasiat pemakanan harian keluarga supaya lebih ramai rakyat Malaysia cergas dan aktif. Berasa lebih sihat dan bertenaga, hidup lebih lama.

Horlicks® Chocolate adalah hasil pembangunan produk yang dipacu penyelidikan dan merupakan pencapaian penting bagi portfolio Minuman Makanan Kesihatan kami,” kata Rachel Ferdinando dalam majlis pelancaran Horlicks® Chocolate baru.

Horlicks® Chocolate baru boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit di dalam pek 200g (RM6.50), 400g (RM10.50), 1kg (RM21.50) dan 2kg (RM42.00) atau dalam uncang 3 dalam1 (RM10.50) untuk kemudahan.

Maklumat lanjut mengenai Horlicks®, layari www.gsk.com.my atau hubungi hotline pengguna1-800-88-3225.

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply