Friday, Feb 23, 2018
HomeBeritaHujan lebat sejurus solat hajat

Hujan lebat sejurus solat hajat

HUJAN lebat membasahi 200 pelajar tahfiz dari enam buah Madrasah dari Melaka dan Shah Alam sejurus selesai mengadakan solat hajat memohon hujan di Empangan Durian Tunggal, di sini, semalam.

Advertisements

Majlis anjuran Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) Negeri Melaka itu disertai tahfiz dari Madrasah Bustanul Ulum, Bemban; Madrasah Tahfiz Al-Quran Arrasyidin, Alor Gajah; Madrasah Tahfiz Al-Quran As-Solihin, Merlimau; Madrasah Tahfiz Baitulnur, Alor Gajah; Ribat Tahfiz Syeikh Ismail Aljailani, Serkam dan Maahad Tahfiz Darul Pekima Pusat Terbiah dan Anak Yatim, Shah Alam.

Solat hajat yang diimamkan Ustaz Amali Dhiya Uddin Ab Rahim dari Ribat Tahfiz Syeikh Ismail Aljailani itu juga memohon keselamatan 239 penumpang termasuk kru penerbangan pesawat MH370 yang masih hilang selepas masuk hari kesembilan.

Selesai bersolat, bacaan surah Yaasin melalui hafazan turut diteruskan dalam keadaan hujan yang semakin lebat sehingga tamat bacaan doa akhir.

Setiausaha Kehormat BATAS negeri, Hasimi Mohd Nor berkata, pihaknya terpanggil untuk mengadakan majlis berkenaan bagi memohon hujan berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara sejak kira-kira dua bulan lalu.

Beliau berkata, pihaknya sengaja memilih lokasi di empangan berkenaan bagi memohon rahmat dari Allah di tempat terbuka supaya semua empangan di negeri itu dipenuhi air.-Berita Harian

comments

FMFA 2014: Menteri t
Bayi melecur meningg

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja