Thursday, Dec 13, 2018
HomeSelebritiIbu Awie Meninggal Dunia

Ibu Awie Meninggal Dunia

IBU kepada penyanyi dan pelakon, Azhar Othman atau Awie telah meninggal dunia di kediaman vokalis kumpulan Wings itu di Ukay Perdana, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Advertisements

Ibu Awie, Hajah Azizah Abd Hamid, 75, menghembuskan nafas terakhirnya kerana penyakit tua. Menurut jurucakap Awie, Rouslan Mokhtar, Allahyarhamah sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun keadaannya masih terkawal. Pagi tadi, arwah dilaporkan terjatuh sewaktu mahu ke bilik air.

Jenazah akan dimandikan serta dikapankan di kediaman Awie sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras selepas solat Jumaat petang ini.

Allahyarhamah meninggalkan lima orang anak, Awie adalah anaknya yang ketiga serta 16 orang cucu. Menurut sumber yang rapat dengan Awie, Allahyarhamah tinggal bersama anaknya itu semenjak krisis rumah tangga (Awie dan Rozana) berlaku. Kakak penyanyi rock tersohor itu turut tinggal bersama Awie dan anak-anaknya di Ukay Perdana.

Dalam perkembangan lain, Awie bakal menjayakan pementasan teater Takhta 3 Ratu bermula 13 hingga 22 Disember 2014 di Istana Budaya, selain mengadakan konsert siri jelajah Wings – Menakluk Kosmos bermula 27 Disember ini.

Salam takziah daripada kami, Semoga Allahyarhamah Hajah Azizah ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.

comments

FOLLOW US ON:
Tanpa Penaja Utama,
Ketegaran Semangat R

nishaeimann@gmail.com

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja