Ilham memukau Syomir Izwa

0
syomir1

Lebih istimewa, memilih keindahan Pulau Pinang sebagai inspirasi koleksi raya 2015 ini.

Syawal bakal menjelma beberapa minggu saja lagi. Bagaimana dengan persiapan raya anda? Sudah lengkapkah semuanya? Kepada mereka yang masih tercari-cari busana sesuai digayakan di Aidilfitri nanti, himpunan koleksi busana Aidilfitri rekaan pereka tempatan, Syomir Iswa ini tampil pasti memberi inspirasi dan menyerikan pagi raya anda nanti.

Koleksi Raya Syomir Izwa untuk ZALORA ini sebahagian besarnya menggabungkan koleksi resort dan raya di bawah himpunan Raya/Resort 2015.

Rekaan busananya disuntik dengan potongan leher ala baju Melayu teluk belanga, berkolar dan leher bulat.

Rekaan busananya disuntik dengan potongan leher ala baju Melayu teluk belanga, berkolar dan leher bulat.

Lebih istimewa, memilih keindahan Pulau Pinang sebagai inspirasi, kerana budaya dan sejarahnya yang menarik. Paling penting, rona pilihan yang menjadi aspek utama dalam proses visualisasi perekanya.

Mendapat inspirasi daripada ‘Nyonya Peranakan’ dan masyarakat ‘Anak Mami’ yang membantu Syomir untuk membentuk gaya fesyen dan warisan yang telah menjadikan Pulau Pinang seperti yang ada pada hari ini.

Seperti koleksi tahun lalu, Syomir masih mengekalkan elemen blok warna (colour blocking) dan penerapan fabrik organik buluh/kapas.

Seperti koleksi tahun lalu, Syomir masih mengekalkan elemen blok warna (colour blocking) dan penerapan fabrik organik buluh/kapas.

Penggunaan warna pastel dan garis hitam diinspirasi daripada imej penjajah. Budaya Mami turut mempengaruhi rekaannya, hangat dengan pemilihan rona memukau dan menyerlah seperti jingga lembut, biru firus, biru lembut dan putih berserta corak cetakan ala Oriental (Timur). Rekaan busananya disuntik dengan potongan leher ala baju Melayu teluk belanga, berkolar dan leher bulat.

Fabrik organza memberikan gaya sensual tetapi tidak keterlaluan. Seperti koleksi tahun lalu, Syomir masih mengekalkan elemen blok warna (colour blocking) dan penerapan fabrik organik buluh/kapas, sekali gus mencerminkan semangat juga tenaga masyarakat India Muslim. Bagi kumpulan Nyonya pula, warna diilhamkan melalui porselin Cina serta lukisan antik. Perincian halus dan berseni ilham dari gerbang yang terdapat pada tingkap dan pintu tradisional ‘kopitiam’.

Saiz bagi koleksi ini disediakan bermula daripada XS hingga XXL. Bagi mendapatkan koleksi ini, anda bolehlah melayari  www.zalora.com.my bermula minggu ketiga Jun 2015.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply