Ilham rona dan gaya

0
SYOSS COLOR  mengilhamkan lapan rona pilihan bergaya.

SYOSS COLOR mengilhamkan lapan rona pilihan bergaya.

“RAMBUT umpama ‘mahkota’ diri saya. Memiliki rambut cantik dan bersinar memang menjadi idaman. Rasanya, bukan saya saja. Baik wanita mahupun lelaki, mendambakan rambut yang indah sebagai pelengkap penampilan diri.” Begitu kata Linda, pegawai perhubungan awam berusia 26 tahun yang cukup mementingkan penjagaan rambutnya.

Sama seperti Linda, ada ramai  wanita sanggup berhabis ratusan ringgit sebulan semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan dan rawatan terbaik di salun eksklusif.

Kini,  anda tidak perlu lagi membazir wang yang banyak setiap bulan kerana boleh melakukan sendiri di rumah dengan rangkaian penjagaan dan pewarnaan rambut terbaru SYOSS COLOR.

Menawarkan variasi syampu, perapi dan rawatan iaitu rangkaian terapi pemulihan, rawatan kelembapan intensif serta kawalan untuk kelemumur yang menjadi penyelesai kepada masalah rambut.

Produk ini membantu merealisasikan impian wanita untuk mendapatkan gaya dan rona rambut yang diidamkan tanpa perlu keluar rumah. Berbanding produk lain, rangkaian ini memberi peratusan warna yang tinggi dalam mewarnakan rambut putih lebih menyeluruh dan pada masa sama memberi kiluan yang melengkapkan lagi gaya.

 

 

Pilihan rona dan gaya
Pengurus Besar Henkel Beauty Care Retail Malaysia, Tan Hock Guan berkata, pihaknya bangga dapat mewarnai gaya hidup wanita di negara ini. Menurutnya, rangkaian jenama itu turut menjadi fenomena gaya untuk wanita terutama di Eropah dan Asia.

“Rangkaian produk ini arif mengenai keperluan gaya rambut wanita terutama di Asia dengan wangian harum flora dan kemanisan sitrus. Dicipta dan diuji pakar warna dan rambut antarabangsa bagi memastikan pengguna mendapat kualiti terbaik seperti perkhidmatan pakar di salun mewah

Terbaru, SYOSS COLOR  mengilhamkan lapan rona yang bakal menjadi aliran gaya hidup wanita Asia. Rona itu di pilih berdasarkan kajian yang dijalankan untuk memberi wajah baru kepada penampilan wanita,” kata Tan.

Pilihan rona ini dijangka mampu menawan hati wanita di negara ini terutama untuk mereka yang bukan sahaja gemar mewarnakan rambut dan mengutamakan gaya, malah mementingkan kesihatannya.

Rangkaian baru ini mengandungi Pro-Cellium Keratin, satu formulasi berkesan yang dibangunkan pendandan rambut terkemuka Jepun untuk rambut Asia. Menggunakan teknologi profesional menguatkan gentian rambut dari dalam dan digunakan beribu-ribu pendandan rambut di seluruh dunia untuk semua jenis rambut.

Pada majlis memperkenalkan lapan rona  baru  SYOSS COLOR, jenama itu turut berkolaborasi dengan pereka muda, Alia Bastaman untuk memperagakan lapan koleksi fesyen terkini. Setiap himpunan rekaannya disesuaikan dengan gaya rambut pilihan wanita.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply