Ilham Turquoise

0
Warna ini seringkali ditemui pada perhiasan, seperti cincin, liontin, gelang dan beberapa aksesori wanita lain. (Gambar sekadar hiasan)

Warna ini seringkali ditemui pada perhiasan, seperti cincin, liontin, gelang dan beberapa aksesori wanita lain. (Gambar sekadar hiasan)

Sama ada dalam fesyen, dekorasi perkahwinan juga kediaman, Turquoise menjadi rona dengan nuansa retro cantik yang semakin digemari. Sejauh ini, belum ada tanda warna ini akan tergeser dari senarai pilihan yang mencetuskan ilham dalam seni hias.

Turquoise adalah perpaduan warna antara biru dan hijau. Warna ini seringkali ditemui pada perhiasan, seperti cincin, liontin, gelang dan beberapa aksesori wanita lain. Jenis batu turquoise pertama kali muncul di daerah timur tengah dan Amerika Selatan.

Dalam dunia fesyen, rona ini menciptakan kesan feminin yang manis dan matang. Berbanding merah muda yang terkesan muda
dan keanak-anakan. Nuansa retro pada turquoise membuat anda tampil sophisticated. Kesan feminin dan segar selalu tampil daripada biru yang mempesona ini. Tak hanya kesan femininnya, biru turquoise ini juga memberikan suntikan selesa dan nyaman kepada pemakainya.

Warna turquoise yang secara psikologi memberi makna menenangkan serta unsur keindahan ini boleh dikombinasikan dengan rona terang ataupun gelap. Bagi pemilihan warna terang, padukan dengan putih, merah muda, sheer-pink, atau krim.  Manakala untuk warna gelap, sesuai dipadukan dengan hitam, rusty, kelabu metalik, mahupun coklat tanah. Anda juga boleh menggandingkan warna ini dengan rona lain dalam kelompok biru. Sesuaikan penggunaan warna turquoise pada busana dan aksesori anda. Warna ini memiliki kesan semi-formal. Hanya perlu bijak memilih sesuai tema dan tempat.

Tip penggunaan warna turquoise
1. Perhatikan pencahayaan
Jenis ton seperti apa yang akan anda pilih? Berapa dalam peringkat kegelapan warna yang sesuai digunakan? Semua itu
bergantung pencahayaan. Berapa besar jendela, dari mana arah datangnya sinar matahari, apa jenis dan di mana letak lampu, semua itu sangat menentukan penampilan hasil akhirnya. Penggunaan pada dinding, sebaiknya pilih warna lembut atau warna batu-bata. Sementara, rona turquoise yang lebih gelap atau cerah boleh digunakan untuk aksesori dan perabot.

2. Warna dinding yang tepat
Pada dasarnya, dekorasi akan kelihatan sesuai dan serasi jika semua unsurnya berjalan beriringan. Tidak ada aturan baku warna apa yang tepat kerana setiap penampilan akan ditentukan unsur pendampingnya, tetapi, jika anda mahu gaya selamat dan membuat warna ini mencuri perhatian, gunakan warna semula jadi. Bagi anda yang mengingin suasana tetap tenang meskipun menggunakan warna yang banyak, gunakan warna putih atau ivory pada dinding. Bagi menyerlahlan kesan lebih elegan dan dewasa, gunakan warna beige atau greige (beige kelabu).

3. Seimbangkan dekorasi
Sebaiknya tidak semua unsur dalam ruangan serba turquoise. Harus selalu ada warna penyeimbang sebagai variasi agar tidak menimbulkan kebosanan dan rasa pelik. Memilih warna semula jadi sebagai warna dinding dan lantai adalah  pilihan bijak. Rumah anda akan kelihatan lebih segar dengan suasana pantai. Penggunaan rona semula jadi dan beberapa warna lain seperti merah, coklat atau hitam akan membuat ruangan kelihatan tidak terlalu menjemukan.

4. Pilihan aksesori
Berapa banyak jumlah warna turquoise yang digunakan sebenarnya bebas. Anda boleh sahaja menggunakan warna ini sebanyak mungkin. Sama ada sebagai warna sofa, kabinet, throw, mahupun lampu. Pilihan rona ini akan tetap kelihatan nyaman dan indah.

Bagaimanapun, jangan sampai menciptakan ‘geng’ turquoise kerana anda meletakkan warna itu secara berkelompok. Sebarkan di mana sahaja. Bantal sofa boleh berwarna-warni, tidak harus semuanya turquoise. Kabinet turquoise tidak harus berkumpul  setempat dengan aksesori dengan warna sama. Selamat mencuba!

[Kredit foto: Gambar daripada pelbagai sumber]

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply