Impak biru

0
"I feel so blue." Gambar hiasan.

I feel so blue.” Gambar hiasan.

BOSAN menyarung busana warna natural? Jika ya, apa kata cuba pilihan busana daripada rona biru. Gaya anda pasti kelihatan lebih eye catching. Bukan itu sahaja, biru juga dipercayai memberi kesan langsing pada tubuh, serta mampu menyerap sinar UV yang membahayakan untuk kulit anda. Tidak percaya?

“I feel so blue”. Sepotong kalimat ini pasti kerap singgah di telinga anda. Satu kalimat yang menyiratkan bahawa seseorang sedang sedih atau terluka, tetapi benarkan warna ini selalu identik dengan sesuatu yang muram dan sedih?

Biru memang termasuk dalam kategori warna dingin. Kategori warna ini kononnya dapat menimbulkan kesan tertentu pada bentuk tubuh. Termasuk memberi kesan tubuh lebih langsing. Ya, bentuk tubuh yang gemuk dan berat akan tampak lebih kurus jika mengenakan busana biru. Agar penampilan lebih menyerlah, aplikasikan dengan padanan warna lain seperti, putih, hitam atau coklat. Hasilnya, gaya anda tidak terkesan flat kerana terdiri dari beberapa tone warna.

Jadi, kesan sedih juga akan bertukar dengan penampilan lebih menyerlah denggan mood jauh lebih baik daripada sebelumnya. Selain itu, warna biru juga melambangkan kebijaksanaan dan filosofi tinggi dan dalam. Belum cuba, tak tahu!

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply