Inspirasi berbento ala Malaysia

0
Terbaharu di pasaran, buku resipi 'Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia' daripada Chef Azian Hasan

Terbaharu di pasaran, buku resipi ‘Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia’ daripada Chef Azian Hasan

“ALA Mama, bosanlah. Hari-hari asyik bawa bekal makanan sama je. Kalau macam ni, Adam makan dekat kantin sekolahlah… banyak makanan sedap-sedap.”  Maria mengeluh lemah mendengar rungutan anaknya itu. Dia buntu dan tiada idea untuk menyediakan bekal menarik kepada Adam.

Ha! Anda juga menghadapi situasi sama? Apa kata cuba idea segar dalam himpunan resipi menarik daripada Chef Azian Hasan menerusi buku resipi sulongnya, Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia.

Menghimpunkan lebih daripada 40 resipi memberi idea kepada pembaca dalam menyediakan bekal sama ada untuk anak, suami mahupun diri sendiri. Setiap resipid isertakan gambar cara membuatnya.

Paling menarik, resipinya ringkas, mudah disediakan dan enak. Mengandungi pelbagai resepi yang mudah dan hanya menggunakan bahan yang senang didapati. Resepi yang dihasilkan menitikberatkan dari segi keseimbangan nutrisi seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Selain tidak menggunakan bahan perasa tambahan sekali gus sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan.

Selain itu, Chef Azian turut berkongsi tip berbento untuk suri rumah yang sibuk dan sarat dengan tip untuk memudahkan  kerja menyediakan bekal. Termasuk cara menyediakan bahan lebih awal (seperti sos yang disediakan terlebih dahulu), menjadikan penyediaan bekal bukanlah sesukar yang dijangka. Buku ini juga banyak memberi idea dan cara untuk menghias bekal.

Dapatkan buku ini di pasaran (atau pembelian secara online menerusi http://tinyurl.com/n863yzf ) sebagai inspirasi dan idea menyediakan bekal untuk keluarga anda.

 

Azian Hasan kongsi idea berbento untuk suri rumah.

Azian Hasan kongsi idea berbento untuk suri rumah.

Kata penulis:
“Bermula dengan idea daripada suami untuk menerbitkan sebuah buku berkonsepkan bekal. Saya masih ingat, waktu itu kami dalam perjalanan balik ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin anak sepupu saya.

Suami mencadangkan agar saya mengutarakan idea buku masakan mengandungi resepi yang boleh dijadikan bekal. Sungguh, saya tertarik dengan idea suami. Kebetulan, saya memang menyediakan bekal untuk anak sewaktu mereka masih bersekolah dahulu.

Bagi saya, konsep buku resipi Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia sesuai pada waktunya kerana harga barang semakin naik dan ibu bapa tentunya mahu berjimat cermat. Membawa bekal ke sekolah atau tempat kerja, pilihan terbaik. Pada masa sama, kini semakin ramai ibu bapa prihatin dengan kebersihan dan kandungan nutrisi dalam makanan yang dijual.

Memandangkan ramai suri rumah sekarang semakin rajin untuk membuat bekal dan ketandusan resepi serta cara untuk menghiasnya, buku resipi ini boleh dijadikan rujukan. Apatah lagi, buku resepi sebegini belum ada dikeluarkan lagi di Malaysia.

Kebanyakan resepi di dalam buku ini diolah menggunakan sos. Sos boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan di dalam peti sejuk. Cara ini menjimatkan masa memasak dan  sos buatan sendiri memberi rasa yang istimewa dan sedap pada makanan. Suami dan anak pasti puas hati dengan hasilnya.”

Info buku:
Kategori: Resipi
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Tajuk buku: Idea Bekal Ke Sekolah Menu Asia
Tarikh Terbit: 12 Aug 2014
Jumlah Muka Surat : 104
Harga: RM15 (Sem. Malaysia)/ RM17 (Sabah/Sarawak)

Antara resipi di dalam buku ini;-
Ayam Kicap Lada Hitam
Mihun Putih & Brokoli Kukus Mentega
Roti Gulung Nutella Strawberi
Cucur Jagung
Isi Ayam Bersos Lemon
Mufin Telur
Linguini Bawang Putih
Roti John Sardin & Onion Ring
Udon Masak Lada Hitam
Salmon Masak Halia Bijan & Coleslaw
Udang Madu Bijan & Nasi Mentega
Popia Ayam
Ayam Cornflakes
Burger Daging Barbeku
Mi Aglio Olio Malaysia
Burger Ayam Asia
Mi Lapis Daging Berkeju
Makaroni Goreng
Daging Cencang & Telur
Yi Mi Goreng
Kebab Daging
Nasi Goreng Keju
Nasi Goreng Ikan Sardin
Crepe Daging Goreng Rangup
Sandwic Ayam Panggang
Ayam Panggang Bernanas
Bebola Ayam Tom Yam
Sup Kacang Pis & Roti Keju Bawang Putih
Ikan Tenggiri Goreng
Halia Teriyaki & Kubis Bunga Masak Tomato
Kimbab
Ayam Karai
Dumpling
Nasi Pilaf & Ayam Tandoori

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0
60% Mesti beli
  • Idea 70 %
  • Susunan grafik 40 %
  • Resipi 70 %
  • Pengisian 60 %

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply