Inspirasi ‘Spices Journey’

0
Blog spicesjourney.blogspot.com menjadi salah satu blog masakan rujukkan ramai suri rumah.

Blog spicesjourney.blogspot.com menjadi salah satu blog masakan rujukkan ramai suri rumah.

PASTI siapa sahaja kecur liur melihat setiap makanan yang ‘ditayang’ di dalam blog ini. Teknik fotografi yang menarik, membuat paparan gambar masakannya nampak cukup menyelerakan.  Itulah keistimewaan yang dimiliki blogger berbakat, Norshila Abdul Rahman atau lebih mesra dengan sapaan, Shiela (Chahaya Shiela).

Bagi pengikut setiap blog masakan,  spicesjourney.blogspot.com pastinya tidak asing lagi. Cari apa-apa saja resipi yang diingini, kebanyakan ada dikongsi pemiliknya. Gaya penceritaan untuk ‘intro’ pengkongsian resipinya juga cukup menarik, mesra pembaca dan ringkas.

Mula berblong sejak November 2011, mengakui dia tidak mempunyai sebarang ilmu dan kepakaran secara profesional dalam bidang fotografi. Dek suka mencuba dan tidak jemu belajar mengasak bakat, hari ke sehari hasilnya sangat berbaloi.

“Alhamdulillah. Dalam tak pandai tu, bolehlah snap gambar ikut nampak cantik di mata saya. Saya suka cuba dan terus mencuba. Sebenarnya dulu, saya masak kemudian snap, sebabnya memang suka tengok gambar makanan. Selepas itu, anak saya dan kawan suruh buat blog. Saya pun cubalah hingga ke hari ini. Kata kata dan tulisan saya semuanya yang terlintas dalam kotak fkiran saja,” kata Shiela, ramah dan merendah diri.

Lebih menarik, tidak sekadar gemar memasak dan berkongsi pengalaman di dalam blognya, malah hasil air tangan dan kemahirannya itu memberi peluang kepada Shiela membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga tanpa perlu keluar rumah.

“Syukur, Allah berikan rezeki melalui cara ini (perniagaan online). Awalnya memang sekadar suka-suka dan memenuhi masa terluang, tak sangka menjadi punca pendapatan sampingan.”

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply