Inspirasi trio jelita dalam Bella

0
Belinda Chee, Lisa Wong dan Elaine Daly antara wanita berpengaruh, mempunyai pencapaian dan pengalaman tersendiri.

Belinda Chee, Lisa Wong dan Elaine Daly antara wanita berpengaruh, mempunyai pencapaian dan pengalaman tersendiri.

KOLABORASI pengacara yang berinspirasi, menarik dan bertenaga pastinya memberi kelainan di dalam sesebuah program bual bicara selain kredibiliti serta pesona mereka.

Justeru, bagi memantapkan rancangan Bella, kini Pengacara TV dan pelakon, Belinda Chee akan turut serta mengacarakan rancangan majalah bual bicara wanita popular, Bella bersama dua lagi pengacara sedia ada iaitu Elaine Daly dan Lisa Wong.

Program yang bersiaran selama satu jam setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.00 pagi di saluran ntv7 ini, bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Setiap pengacara ini membawakan perspektif dan keistimewaan tersendiri di dalam program ini. Ketiga-tiga hos ini adalah wanita yang berpengaruh, mempunyai pencapaian dan pengalaman tersendiri,” kata Penerbit Eksekutif Bella, Intan Noorbaizura.

"Saya kini berada di fasa hidup di mana Bella adalah sesuai untuk imej dan hala tuju hidup saya sekarang."

“Saya kini berada di fasa hidup di mana Bella adalah sesuai untuk imej dan hala tuju hidup saya sekarang.”

Lebih berkeyakinan
Selepas melahirkan anak perempuannya pada Disember 2011, Belinda kembali menjadi pengacara TV selepas berehat hampir tiga tahun.

“Kali ini kerjaya sebagai seorang hos lebih mencabar kerana saya juga perlu membahagikan masa untuk bersama anak. Selain membuat perubahan dalam jadual peribadi, saya gembira dapat kembali bekerja dan melakukan apa yang saya suka. Setelah menjadi ibu, saya berasa lebih berkeyakinanan dan mampu untuk membincangkan topik menarik dan berinformasi berkaitan dunia wanita.

Belinda yang pernah mengacarakan program The 8TV Quickie sebelum ini turut berkongsi pengalamannya mengacarakan program berdurasi 15 minit itu berbanding tugas mengacarakan Bella selama satu jam seorang diri.

“Walaupun program The 8TV Quickie disiarkan secara langsung, saya dapat berinteraksi dengan seorang lagi hos dalam program ini dan saya boleh berbual dan bergurau dengan santai, tetapi dalam Bella, saya perlu mengendalikan semua slot dalam masa satu jam sendirian walaupun bersama tetamu. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar.

“Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk mengacarakan program ini, apatah lagi saya kini berada di fasa hidup di mana Bella adalah sesuai untuk imej dan hala tuju hidup saya sekarang.

Program ini membolehkan saya mencabar diri untuk memajukan diri bukan saja dalam kerjaya tetapi dalam kehidupan secara keseluruhannya. Saya rasa penonton Bella akan mudah menghubungkan diri mereka dengan saya kerana saya juga seperti mereka, seorang ibu muda dan wanita moden yang suka serta yakin dalam perkara yang mereka lakukan, “kata Belinda lagi.

Bella marsMenyelami hati wanita
Setelah memenangi anugerah Rancangan Bual Bicara Terbaik di Anugerah Skrin dua tahun berturut-turut pada tahun 2013 dan 2012, Bella yang bersiaran secara langsung  satu jam setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.00 pagi di ntv7 (saluran 107) ternyata berjaya memaparkan topik yang mampu menyelami hati wanita.

Pada hari Isnin, Bella Confidential mengetengahkan isu wanita juga soalan yang wanita ingin tahu. Pada Selasa, Bella Society akan menyentuh mengenai kisah inspirasi dalam masyarakat. Bella Mars yang disiarkan pada hari Rabu menjemput kaum lelaki untuk berkongsi pengalaman, tip dan idea mereka.

Manakala pada Khamis, Bella Unwind menggalakkan wanita merancang, menerokai tempat baharu dan aktiviti  yang boleh dilakukan. Bella Weekend disiarkan pada Jumaat pula memberi idea dan cadangan aktiviti kepada penonton untuk hujung minggu.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply