Isteri, lakukan 8 tip ini elak suami curang

0
Walaupun sepanjang berkongsi hidup anda telah menyediakan segala keperluan pasangan baik dari segi zahir mahupun batin. Cuma, tanpa disedari, adakalanya pasangan berlaku curang berlaku kerana perkara remeh.

Walaupun sepanjang berkongsi hidup anda telah menyediakan segala keperluan pasangan baik dari segi zahir mahupun batin. Cuma, tanpa disedari, adakalanya pasangan berlaku curang berlaku kerana perkara remeh.

HAMPIR 10 tahun mendirikan rumah tangga, tiba-tiba mahligai yang dibina atas dasar cinta dilanda badai yang menggugat perkahwinan. Sofea* terkesima apabila mendapat tahu suaminya ada hubungan istimewa dengan wanita lain. Puas menangis, suatu malam dia cuba mencari kesilapan dan merenung kekurangan diri hingga Hadi sanggup mengkhianati pengorbanannya.

Ya, sebagai suami mahupun isteri, walaupun sepanjang berkongsi hidup anda telah menyediakan segala keperluan pasangan baik dari segi zahir mahupun batin. Cuma, tanpa disedari, adakalanya pasangan berlaku curang berlaku kerana perkara remeh.

Begitupun,  jika tidak dibendung boleh menyebabkan masalah besar dalam rumah tangga terutama penceraian. Jadi, sebagai pasangan suami isteri, anda perlu tahu mengapa pasangan berlaku curang.

Panduan berikut ini mungkin dapat membantu anda memahami keinginan pasangan, sekali gus menjaga keharmonian rumah tangga.

1. Jaga keperluan
Sibuk bekerja mungkin menyebabkan anda tidak sempat menyediakan keperluan harian seperti makan minum pasangan. Apabila pasangan sering makan di luar, dia berpeluang bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya berkenan di hati. Jadi, cubalah bahagikan masa sebaik mungkin. Ingat, air tangan isteri dapat menambat hati suami.

2. Layanan seks
Hubungan suami isteri menjadi keutamaan dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, jangan sekali-sekali menolak permintaan pasangan untuk bersama. Jika anda penat atau banyak kerja, lakukan ‘seks ekspres’ dan paling penting dapat memuaskan keinginannya. Jika anda boleh beri layanan lebih, pasti pasangan gembira dan bahagia.

3. Tidak hormat
Pasangan (khususnya lelaki) tidak suka jika pasangan memarahinya sesuka hati, terutama di khalayak ramai kerana ini menjatuhkan maruahnya. Suami juga tidak suka isteri  bersikap ‘queen control’, dia ada ego tersendiri dan harus dihormati sebagai suami serta ketua keluarga.

4. Ambil berat
Pada zaman serba moden ini, ada segelintir pasangan berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial (bebas bersosial). Mereka tidak ambil peduli dengan siapa pasangannya berhubungan. Gaya hidup ini boleh menyebabkan pasangan berlaku curang kerana pasangannya bersikap tidak kisah. Jadi, jika menyayangi pasangan dan mahu rumah tangga aman bahagia, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup begini.

Walaupun tidak bekerja, jagalah penampilan diri, biar bau wangi dan sedap mata memandang. Jangan biarkan suami hilang 'selera' melihat diri anda.

Walaupun tidak bekerja, jagalah penampilan diri, biar bau wangi dan sedap mata memandang. Jangan biarkan suami hilang ‘selera’ melihat diri anda.

5. Tidak menjaga penampilan diri
Suami ‘sakit mata’ apabila melihat pasangannya kusut-masai. Lebih lagi jika anda hanya suri rumah dan sentiasa berkain batik serta baju lusuh setiap hari. Walaupun tidak bekerja, jagalah penampilan diri, biar bau wangi dan sedap mata memandang. Jangan biarkan suami hilang ‘selera’ melihat diri anda.

6. Suka membebel
Tiada siapa suka mendengar bebelan, terutama ketika badan penat. Begitu juga pasangan anda. Jadi, beri ruang untuk dia berehat dan  jangan menjadi isteri yang cerewet atau suka berdebat (dan mahu menang). Ingat, anda adalah sistem sokongannya. Jika anda selalu cuba mengalahkannya, ini mungkin boleh membuat dia mencari wanita lain agar dapat menyokongnya terutama dari segi emosi dan harga diri.

7. Sering berhubung
Jika suami balik kerja lambat atau keluar dengan temannya, jangan lupa kirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti “Aku mencintaimu,” “I miss you” atau “Saya ada kejutan istimewa untuk Abang nanti.”

Cara ini lebih baik daripada mengomel dan sibuk bertanya ke mana dia pergi, keluar bersama siapa atau bila dia akan balik. Anda hanya perlu  mengingatkannya, dia ada seorang wanita di rumah yang amat mencintainya. Gunakan cinta anda untuk memaksa perasaan bersalah keluar dari fikirannya jika dia berniat melakukan hal yang tidak baik.

8. Sentuhan
Bukan bermaksud sentuhan untuk seksual semata-mata, tetapi sentuhan yang  kerap dilakukan sebagai luahan kasih mesra suami isteri. Semarakkan cinta melalui sentuhan mesra penuh kasih dan sayang agar kekal membawa ke dalam jiwa dan minda.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply