Isteri perlu bijak urus wang

0
Isteri yang berdisiplin dan bijak menguruskan kewangan keluarga menjadi tunggak keharmonian rumah tangga. Gambar hiasan

Isteri yang berdisiplin dan bijak menguruskan kewangan keluarga menjadi tunggak keharmonian rumah tangga. Gambar hiasan

BARU masuk pertengahan bulan, Zainal garu kepala memikirkan wang gajinya tidak cukup untuk diagihkan mengikut keperluan keluarga termasuk duit minyak kereta, belanja anak ke sekolah dan belanja dapur. Dia buntu memikirkan masalah kewangannya yang selalu tidak mencukupi.

Keadaan seperti dihadapi Zainal barangkali menjadi senario bagi individu yang kehabisan wang pada pertengahan bulan atau akhir bulan, malah mungkin ada yang terpaksa ikat perut hingga tiba waktu gaji. Bagaimanapun, apakah masalah ini harus dibiarkan berterusan menghimpit kehidupan anda terutama yang sudah berkeluarga?

Justeru, perancangan kewangan amat penting kerana selain membantu mengatur dan merancang anggaran perbelanjaan rumah tangga, perancangan ini memberi gambaran mengenai kedudukan kewangan terkini dan gambaran hala tuju masa depan dengan menetapkan matlamat kewangan.

Sayangnya, ramai beranggapan perancangan kewangan hanya untuk mereka yang mempunyai duit lebih sahaja. Padahal, setiap individu, sama ada kaya atau miskin, harus merancang kewangan mereka agar tidak terjebak dalam masalah hutang tidak berbayar. Justeru, sangat penting bagi setiap individu menetapkan matlamat kewangan dalam kehidupannya.  

Anda perlu mendaftar untuk membaca keseluruhan kandungan portal ini. Login menggunakan kotak di sidebar. Tidak mendaftar? Klik di sini untuk mendaftar

 

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply