Jadilah ibu bapa hebat!

0
Ibu bapa contoh terdekat anak.

Ibu bapa contoh terdekat anak. Gambar hiasan.

SETIAP ibu bapa pasti mahu anak membesar dengan sempurna, cerdas dan berjaya. Bagi merealisasikan  semua harapan itu, anda harus melengkapkan diri agar dapat memberikan sokongan sebaik mungkin kepada anak untuk masa depannya.

Asuhan yang betul sangat penting dalam kehidupan anda. Cara mendidik anak haruslah bersifat menyokong perkembangan anak, dilakukan dengan cara positif dan menghindari kekerasan serta hukuman, selain diterapkan melalui kegiatan menyenangkan. Berikut ini lima prinsip mendidik anak yang bermanfaat untuk masa depannya, sekali gus membantu anda menjadi ibu bapa yang hebat.

  1. Persekitaran selesa dan mendukung membantu anak mengeksplorasi dunianya dengan lebih baik. Anda juga  dapat mengawasi anak tanpa perlu waswas, sekali gus lebih yakin untuk memberikan peluang serta kepercayaan kepada anak mencuba perkara baru.
  2. Binalah hubungan yang sihat dan intim dengan anak. Peruntukkan masa untuk melakukan kegiatan bersama dan berkomunikasi dengannya. Ini penting agar anak selalu berasa dihargai dan disayangi.
  3. Kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik. Jadi, anda harus memberikan contoh dan teladan yang baik kepada anak. Selain sentiasa memberi penjelasan kepada anak mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
  4. Penting bagi ibu bapa mengetahui kelebihan dan kekurangan setiap anaknya. Selain memberi pujian yang sesuai apabila anak berjaya melakukan sesuatu dan sokongan ketika dia mengalami kegagalan atau waswas.
  5. Mengatasi tekanan adalah langkah awal untuk membina komunikasi positif dengan anak. Cuba belajar mengawal diri dalam mengatasi emosi negatif, mencari penyelesaian ketika menghadapi masalah, membina komunikasi terbuka dengan pasangan atau individu yang terbabit dalam pengasuhan anak. Selain mengenali  kelebihan dan kekurangan diri serta kembangkan sikap mahu belajar dan berubah menjadi lebih baik.
Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply