Jaga tubuh dengan nyahtoksin

0
Sumber penyakit adalah perut dan perut gudang segala penyakit. Jadi, proses nyahtoksin sangat penting pada tubuh anda. (Gambar sekadar hiasan)

Sumber penyakit adalah perut dan perut gudang segala penyakit. Jadi, proses nyahtoksin sangat penting pada tubuh anda. (Gambar sekadar hiasan)

Mengapa tubuh memerlukan proses menyahtoksin? Usus besar tidak dapat mencerna makanan. Justure, tubuh memadatkan makanan yang tidak tercerna ke sepanjang dinding usus halus. Secara semula jadi, proses ini mengundang pengeluaran lendir dari sistem kekebalan tubuh yang ada pada dinding usus.

Keadaan ini menyebabkan sembelit (sukar buang air besar) dan penyumbatan pada saluran usus besar. Dalam beberapa waktu, kotoran ini membusuk dan menghasilkan gas beracun. Gas lebih mudah terserap melalui pori halus pada dinding usus, mengalir dalam darah dan masuk ke sel tubuh dan bersedia menimbulkan penyakit.

Pembersihan besar atau menyahtoksini yang dilakukan secara berkala, penting pada tubuh. Selain mengurangkan sisa beracun dari dalam tubuh, tidak ada organisme pembawa penyakit atau virus dalam tubuh yang bersih.

Terapi nyahtoksin paling tua dan ratusan tahun dilakukan adalah berpuasa, dengan pola makan lebih sederhana dan semula jadi, manusia zaman dahulu menyedari tubuh perlu melakukan nyahtoksin. Kini, menyahtoksin seharusnya menjadi lebih penting dengan pola makan yang cenderung meninggalkan lebih banyak sisa dan penyumbatan  pada sistem tubuh.

Program jangka panjang dilakukan dengan mengubah pola diet, seperti menghindari daging, karbohidrat tinggi atau pemanis.

Lebih penting, toksin boleh menyebabkan proses penuaan dan kerosakan lebih cepat pada seluruh sel tubuh. Penuaan atau proses penurunan kualiti adalah kerana toksin dan nyahhidrat yang terkumpul selama bertahun-tahun.

Proses nyahtoksin
Sumber penyakit adalah perut dan perut gudang segala penyakit. Justeru, proses nyahtoksin sangat penting pada tubuh anda.
Pembersihan dan nyahtoksin membantu meningkatkan proses semula jadi pengeluaran toksin dalam tubuh kita. Organ utama yang menjadi sasaran  dalam program pembersihan racun yang berkesan adalah usus besar (pengeluaran) dan hati (menyahtoksin).

Makan secara berlebihan memaksa sistem penghadaman bekerja lebih keras dan seterusnya menganggu penghadaman. Ini menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan perut, pedih ulu hati, rasa loya, kembung, sering pening tanpa sebab, sakit belakang, daya ingat menurun, rambut gugur, atau alahan pada sesuatu, maka anda harus melakukan nyahtoksin.
Selain itu, makanan dan minuman mudah terdedah dengan pencemaran sehingga menimbulkan toksin (seperti racun) dalam usus kita.

Toksin inilah yang melemahkan sistem kekebalan tubuh dan menurunkan fungsi kerja organ terutama ginjal dan hati sebagai penyaring racun, hingga menyebabkan tubuh mudah diserang berbagai penyakit.

Menyahtoksin dilakukan untuk membuang bahan beracun dan membersihkan ginjal dan usus, kerana bahan kimia berkumpul dalam organ ini. Proses nyahtoksin boleh dilakukan dalam berbagai cara, seperti pengambilan makanan tambahan bergizi, herba, suntikan, dan lain-lain.

Salah satu kebaikan nyahtoksin pada tubuh adalah memperbaiki fungsi hati, ginjal, dan darah. Selain menstimulasi sistem kekebalan tubuh, meningkatkan sistem hormon serta mengurangkan kebergantungan pada gula, kafein, atau alkohol.
Program menyahtoksin boleh dilakukan untuk jangka pendek atau jangka panjang, namun semua program ini bertujuan untuk membebaskan racun dari dalam tubuh. Program jangka pendek boleh dilakukan dengan diet jus 24 jam, membersihkan usus besar, membersihkan kulit, membuang bahan kimia, dan menyuntik ke dalam pembuluh darah.

Manakala program jangka panjang dilakukan dengan mengubah pola diet, seperti menghindari daging, karbohidrat tinggi atau pemanis, dan pengambilan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, atau minuman air putih, jus sayuran dan buah-buahan,  teh herba, minuman vitamin dan makanan tambahan.

Olahraga sangat disarankan seperti Yoga atau Tai Chi dan mencoba terapi alternatif seperti homeopati, akupunktur, hidroterapi dan mengurangkan tekanan seperti urutan atau berendam dengan air herba.

Anda juga harus makan sekurang-kurangnya enam biji apel setiap hari. (Sekadar gambar hiasan)

Anda juga harus makan sekurang-kurangnya enam biji apel setiap hari. (Sekadar gambar hiasan)

Nyahtoksin di rumah
Program menyahtoksin boleh melakukan sendiri kerana lebih mudah dan murah. Bagaimanapun, cara ini tidak memberikan manfaat untuk jangka panjang.Antara yang boleh anda amalkan;
1. Mandi dengan air panas dan garam. Air panas menarik racun keluar dari tubuh melalui permukaan kulit. Garam membantu memperbesarkan peluang nyahtoksin kerana menyebabkan anda berpeluh. Apabila ditambah di dalam air, garam membantu membersihkan usus besar.
2. Tambahkan lemon di dalam air minum anda sepanjang hari. Kadar asam dalam lemon membantu proses pembersihan.
3. Anda boleh mengamalkan pengambilan  epal selama tiga atau empat hari dan sebaiknya pilih epal organik. Anda juga harus makan sekurang-kurangnya enam biji apel setiap hari. Epal boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Selain membuang racun, proses ini juga dapat mengurangi berat badan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Berusia 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply