Saturday, Aug 18, 2018
HomeBeritaJangan Sebar Kandungan, Gambar Mangsa Pesawat MH17 – SKMM

Jangan Sebar Kandungan, Gambar Mangsa Pesawat MH17 – SKMM

Orang ramai diingatkan supaya menghormati jasad mereka yang kehilangan nyawa serta anggota keluarga waris dalam tragedi MH17.

 

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan mahupun gambar mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis.

Advertisements

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi juga meminta orang ramai supaya tidak berkongsi, meletakkan pautan atau memaparkan kandungan menyayat hati itu dalam laman-laman sosial.

“Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya menghormati jasad mereka yang kehilangan nyawa serta anggota keluarga waris dalam tragedi MH17 semalam.

“Kami semua turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa,” katanya dalam laman Facebook SKMM, Jumaat.

Pesawat MAS itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.- Mstar

comments

FOLLOW US ON:
Wanita 'amuk' pemand
MH17 ditembak

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja