Abadi momen indah dalam Search: Live In Istana Budaya 2014

0
Search mahu menjadikan persembahan di Istana Budaya suatu momen istimewa buat semua anggota Search dan peminat kami. Jadi, saya mencari kelainan dalam persembahan kali ini.

Search mahu menjadikan persembahan di Istana Budaya suatu momen istimewa buat semua anggota Search dan peminat kami. Jadi, saya mencari kelainan dalam persembahan kali ini.

“PERSEMBAHAN empat malam itu nanti penuh cabaran dan mempunyai nilai sentimental buat Search. Saya mahu menjadikan persembahan di Istana Budaya suatu momen istimewa buat semua anggota Search dan peminat kami. Jadi, saya mencari kelainan dalam persembahan kali ini. Setelah berbincang dengan penganjur, kami sepakat memilih Paladin untuk bersama di pentas Search: Live In Istana Budaya 2014 nanti ,” kata penyanyi utama  Search, Amy.

Menerusi Konsert Search: Live In Istana Budaya 2014 anjuran Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Disember nanti, kumpulan rock legenda ini bakal mengangkat sejarah dan portfolio Search sepanjang lebih 30 tahun dalam industri seni tanahair.

Jika sebelum ini peminat sering disajikan dengan konsert rock yang bergabung bersama muzik orkestra penuh, Search pula memilih untuk diringi cello sahaja, sejenis alat muzik bertali klasik. Kelainan ini pastinya memberi pengalaman muzik yang baharu kepada peminat seni tanahair apabila alunan muzik rock diadunkan dengan alunan muzik yang dihasilkan cello.

Konsep kolaborasi rock bersama cello ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah kumpulan heavy metal terkenal, Metallica pernah bergabung dengan kumpulan Apocalyptica yang menggunakan cello sebagai alat muzik utama mereka dalam konsert meraikan ulang tahun ke-30 Metallica di San Francisco, Amerika Syarikat.

Justeru, konsert ini bakal menjanjikan kelainan apabila Search bakal diringi kumpulan rock cello tempatan, Paladin yang dianggotai lima pemain cello profesional. Hanya menggunakan alat muzik cello klasik, Paladin bakal mengiringi lagu Search dengan pelbagai bunyi, daripada bunyi cello akustik yang paling tulen kepada bunyi elektrik paling ekstrim dan unik.

 

Demi kepuasan
Tinggal lebih kurang tiga minggu sahaja lagi sebelum konsert berlangsung. Search dan Paladin kini giat menjalani latihan di Banglo9 Productions demi memantapkan perincian gubahan serta susunan lagu selain mengemas kini repertoire demi menjayakan persembahan sepanjang dua jam itu.

Menurut pemain bass Search, Nasir Daud, bakal ada kelainan tambahan dalam persembahan konsert itu yang membabitkan persembahan dram solo juga permainan grafik di latar pentas.

“Kami berbincang dengan lebih terperinci mengenai segmen khas itu. Penonton boleh menjangkakan animasi grafik yang mengiringi aksi pemain dram solo. Begitu juga dengan pemain dram kedua yang bakal menjayakan persembahan,” kata Nasir.

Wow! Pasti hebat hasilnya! Jadi, datanglah beramai-ramai ke konsert ini dan nikmatilah buah tangan terbaik daripada Search.

Tiket untuk Konsert Search : Live In Istana Budaya 2014 sudah pun mula dijual sejak 15 Oktober yang lalu dengan harga RM109, RM209, RM309, RM409 dan RM799. Sila layari www.ticketpro.com.my untuk tempahan tiket atau hubungi 03-7880 7999 / 016-679 4032 untuk maklumat lanjut.

Share on Google+2Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply