Jauhi lelaki ini

0

Ungkapan don’t judge the book by it’s cover mungkin ada kebenarannya dan cara ini juga boleh digunakan ketika memilih calon pasangan. Ya, langkah pertama untuk menjalin hubungan yang baik adalah memilih calon pasangan dengan bijak. Kenali tanda lelaki yang perlu dijauhi dan sebaiknya jangan sekali-kali jatuh cinta kepadanya.

Bijak memilih pasangan membantu bukan sahaja membantu anda jauh daripada potensi sakit hati dan kecewa, malah menjimatkan masa dan tenaga. Jadi, sebagai langkah ‘selamat’, ikuti panduan berikut ini;

1. Cepat mesra
Semua hal yang serba berlebihan pasti tidaklah baik, termasuk terlalu cepat mesra dengan seseorang. Baru sekali kenal dan bertemu, nampaknya si dia sudah bersikap ‘mesra gila, akrab gila’ dan cinta mati dengan anda. Bukannya tidak percaya dengan cinta pandangan pertama, tetapi anda tentu boleh membezakan antara cinta pandangan pertama dan sekadar nafsu, bukan?
Orang seperti ini biasanya ‘jaguh merayu’. Dia akan berkalau bahawa dia tidak pernah secepat ini jatuh cinta. Dia akan mengeluarkan kata-kata romantis yang membuai perasaan anda. Jangan ‘gelojoh’ dengan semua perasaan suka dipuji agar anda tidak terjebak dengan ‘rayuan gombalnya’. Dia juga akan membatasi gerak-gerik anda dan mengongkong¬† (padahal anda dan dia belum rasmi bercinta) dan dia juga selalu membuat anda rasa bersalah ketika anda menolak permintaannya. Seharusnya dia menghormati batas serta gerak-gerik antara anda dan dia.

2. Batas komitmen yang jelas
Dalam hubungan, biasanya wanita mahu status hubungan yang terus meningkat. Jika anda termasuk wanita yang tidak sabar untuk menunggu perkembangan hubungan ini, maka hindarilah lelaki ini.
Ya, memang ada lelaki yang memang sejak awal mempunyai komitmen untuk berkahwin apabila berusia 30 tahun atau sudah menjalinkan hubungan minima lima tahun. Tidak peduli apapun yang membuat mereka jadi seperti ini, paling penting lelaki ini tidak melihat hubungan anda dengannya. Jangan sekali-kali cuba mengubahnya dan membuat dia sangat menginginkan anda. Ini hanya akan membuang masa anda.

3. Benci pekerjaannya
Ketika mencari pasangan, anda juga harus mencari lelaki yang berkeyakinan, ada matlamat hidup, stabil dan lain-lain. Beberapa kajian membuktikan bahawa harga diri lelaki dinilai berdasarkan pekerjaan atau kemampuan mereka. Jika seorang lelaki berasa tidak produktif bekerja, maka dia akan berasa sangat gagal. Seorang lelaki yang gagal adalah orang yang sangat sukar diatasi.
Jika lelaki membenci pekerjaannya, secara tidak langsung dia tidak mempunyai keyakinan iri yang tinggi, dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Lebih parah, dia tidak tahu keperluan dan keinginannya.  Orang ini hanya akan membawa anda berfikiran negatif dan iri hati.

4. Sukar dijangka
Ada segelintir lelaki yang memang mempunyai sikap yang sukar dijangka. Jika anda terlalu banyak perhatian, dia takut. Jika tidak diperhatikan, dia jadi pasif dan minta perhatian. Apabila diberi perhatian secukupnya, dia bosan. Habis, bagaimana?
Lelaki seperti ini selalu menginginkan wanita yang didampingi seorang yang selalu dapat memenuhi keinginannya. Apabila tiada wanita yang dianggap dapat memenuhi harapan ini, dia pun ‘lesap’ entah ke mana-mana.

5. Hanya suka-suka
Lelaki seperti ini memang takut untuk berkomitmen. Berhati-hatilah dengan lelaki yang tidak mahu menunjukkan kemajuan dalam hubungan. Cara terbaik baginya untuk tidak berkomitmen serius adalah bercinta. Jadi, tidak hairanlah kalau dia selalu mengelak apabila diajak berbincang mengenai perkahwinan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply