Jet Peter Jackson sertai misi cari MH370

0

JET peribadi milik pengarah filem terkemuka, Peter Jackson, antara pesawat yang dipanggil pihak berkuasa Australia bagi menyertai misi mencari pesawat MH370 yang berakhir di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, selepas hebahan mengenai penyertaan pesawat milik sutradara New Zealand itu bertebaran, wakilnya dikatakan membuat penafian, namun menarik balik kenyataan berkenaan.

Difahamkan, jet terbabit antara pesawat peribadi dan komersil milik orang awam yang disewa khas bagi membantu pihak berkuasa untuk mengesan serpihan Boeing 777 yang membawa 239 penumpang itu.

Radio New Zealand juga mengesahkan Jackson, yang juga pengarah filem Lord of the Rings dan The Hobbit, secara terbuka memberi kebenaran kepada pihak terbabit menggunakan pesawat Gulfstream G650.

Kapal terbang itu yang boleh memuatkan lapan penumpang dan empat kru digambarkan mempunyai kelajuan ultra dan menjadi penanda aras dalam pembuatan pesawat jenis berkenaan, malah mampu terbang tanpa henti bagi jarak lebih 12,900 kilometer.- BH Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply