Johnson’s Baby of the Year 2014 lebih menarik

0

jj2

ANAK adalah satu anugerah dan rahmat. Tiada yang lebih bahagia berbanding kebanggaan menjadi ibu bapa. Justeru, bagi meraikan kegembiraan ibu bapa, Johnson’s Baby mempelawa ibu bapa (dan ‘bintang’ kecil kesayangan mereka) menyertai pertandingan bayi comel dari 1 Mei – 30 Jun 2014.

Lebih menarik, pertandingan Johnson’s Baby of the Year  ke-22 ini, Johnson’s Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson’s BOTY pertama, Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia.

Pertandingan Johnson’s BOTY 2014 mengambil pendekatan lebih holistik pada perkembangan kanak-kanak. Penilaian bukan sekadar berdasarkan sifat fizikal, bahkan membabitkan aspek perkembangan kognitif  dan sosio-emosi.

Dr Anna Padmavathy Soosai berkata, kesihatan mental dan sosial kanak-kanak sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka kerana semua unsur ini menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran kanak-kanak yang holistik dan sempurna.

Dari kiri, Dr Anna Padmavathy Soosai (Consultant Paediatrician and Neonatologist), Dynas Mokhtar,  Rabitah Hanidan (Committee Member of OrphanCARE) Vaibhav Saran, Pengarah Urusan Johnson and  Johnson Malaysia, serta pemenang musim lalu.

Dari kiri, Dr Anna Padmavathy Soosai (Consultant Paediatrician and Neonatologist), Dynas Mokhtar,
Rabitah Hanidan (Committee Member of OrphanCARE) Vaibhav Saran, Pengarah Urusan Johnson and
Johnson Malaysia, serta pemenang musim lalu.

Selain menawarkan kategori baru berdasarkan umur tertentu – 0-12 bulan, 13-24 bulan dan 25-36 bulan, pertandingan Johnson’s BOTY 2014 dianjurkan lebih besar dan lebih baik dengan unsur baru serta menarik, termasuk tawaran lebih banyak hadiah bernilai hingga RM 100,000 untuk dimenangi. Selain itu, semua bayi akan dijadikan bintang Johnson’s Baby dan diberikan liputan dalam media.

Pertandingan ini juga menonjolkan unsur kemasyarakatan melalui Yayasan OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan menolong bayi yang ditinggalkan serta anak yatim mencari rumah perlindungan dan penjagaan. Setiap penyertaan dalam pertandingan ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak angkat OrphanCARE.

Johnson's Baby of The Year 2014.

Johnson’s Baby of The Year 2014.

Cara penyertaan
Beri anak anda peluang untuk menjadi bintang dari 1 Mei hingga 30 Jun 2014. Bagi penyertaan pertandingan ini, cuma lampirkan dua keping gambar terbaik si manja anda. Kemudian, beli produk Johnson’s Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 untuk melayakkan penyertaan, dan simpan resit sebagai bukti pembelian.

Bayi mesti berumur di antara 0-36 bulan dan setiap bayi yang menyertai pertandingan ini akan disiarkan di dalam majalah.

Lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan gambar berserta resit. Penyertaan boleh diserahkan di kedai yang mengambil bahagian serta khidmat fotografi percuma juga disediakan; melalui pos ke alamat Johnson’s Baby of The Year 2014 Contest, PO Box 3186 Subang Jaya, Selangor; atau secara dalam talian melalui Johnson’s Baby Facebook Page: www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.

Sementara itu, ibu bapa boleh mengunjungi acara Johnson’s BOTY hingga 20 April di ruang legar 1Utama (Old Wing, Concourse Level), dan mendapat peluang awal untuk menyertai pertandingan serta menikmati promosi menarik sepanjang acara ini!

Maklumat lanjut mengenai pertandingan Johnson’s Baby of the Year, layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply