Tuesday, Jul 17, 2018
HomeKembara/TravelogJom ke ‘MaTiC Street Arts Festival 2015’

Jom ke ‘MaTiC Street Arts Festival 2015’

Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 ini bertujuan mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat bandar atau urban yang menjadi salah satu trend hidup terkini.

Bulan November ini adalah detik yang ditunggu-tunggu semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terbabit dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) 2015 yang julung kali diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Advertisements

Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program seperti ini dan ternyata dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan negara.

Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 ini bertujuan mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat bandar atau urban yang menjadi salah satu trend hidup terkini. Ini mampu menjadi satu platform untuk menyerlahkan bakat golongan seniman, artis dan karyawan serta memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai. Selain dapat membina dan membuka peluang perniagaan kepada usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif dan makanan.

MSAF dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir seperti konsert, kartun dan komik termasuk kemunculan karektor kartun terkenal Boboi Boy dan Megamind; Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Clothing ; Perhimpunan ‘Bikers’; Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer) dan Trak Makanan (Food Truck).

Barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali, Shiha, AinanTasneem dan Sakura Band.  MSAF turut membawa pameran khas iaitu Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8 November 2015.

Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan MaTiC sebagai salah satu ikon Pelancongan Kuala Lumpur dan pusat sehenti informasi pelancongan. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan memukau perhatian anda! Jom, sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!

comments

FOLLOW US ON:
Homemade Seri Kaya
Play-Doh Cipta Rekod

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja