Juan Valdez Café di The Intermark, Kuala Lumpur

0

test

PENULIS beruntung dapat menghirup kopi istimewa ini. Keharumannya bagaikan meresap ke seluruh tubuh dengan butiran kopi bermutu dan warna yang konsisten. Hmmm, jika ada orang berkata aroma kopi ini kompleks, saya setuju, fully bold. Pendek kata, sukar melupakan kenikmatan aroma dan rasanya yang menciptakan sensasi tersendiri.

Biasanya, kopi yang penulis cuba boleh terus rasa aciditynya, tetapi tidak untuk kopi ini. Penulis menghirup berulang-ulang untuk meyakinkan konsistensi indera. Jadi, tidak keterlaluan jika penulis sifatkan kopi Juan Valdez dari dataran tinggi Columbia ini one of the best coffee yang pernah penulis minum.

Jika anda juga penggemar kopi dan mahu pengalaman menikmati kopi yang mengujakan ini, apa kata singgah minum di Juan Valdez Café di The Intermark, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Juan Valdez Café  baru-baru membuka kafe pertama di Asia Tenggara dan  kafe di Kuala Lumpur menjadi yang pertama daripada enam kedai dalam perancangan syarikat untuk pembukaan kafe dalam negara ini.

Terletak di Golden Triangle yang eksklusif,  Juan Valdez Café  menawarkan pengalaman berbeza dan cara penyediaan kopi yang istimewa. Lebih istimewa, tiga pakar penyediaan kopi dan hospitaliti Colombia dari Juan Valdez turut di bawa ke Malaysia untuk membawa bersama budaya kopi premium Colombia.

Antara produk yang ditawarkan termasuk kopi panggang dan kopi di dalam pek dari kawasan Colombia berbeza, kopi premium Colombia dibancuh panas dan sejuk  serta pelbagai pilihan pastri enak daripada tukang masak yang diiktiraf.

Juan Valdez Cafe’ antara kedai kopi terkenal di Colombia dan menyediakan 100 peratus premium Colombia Coffee. Colombia, negara ketiga terbesar dari segi pengeluaran kopi dan  antara kopi yang tersedap di dunia.

Rangkaian terbaru Juan Valdez Cafe‘ di Malaysia salah satu kejayaan dalam membawa ‘Origins Flagship Format’ yang dilancarkan pada Disember 2013 di Bogota, Colombia. Sekali gus memperkenalkan budaya dan pengalaman berbeza masyarakat Colombia melalui kafe ini.

 Juan Valdez Cafe’ mempunyai 267 cawangan kedai kopi di seluruh dunia, sejumlah 187 di sekitar Colombia dan selebihnya di negara seperti South Korea, Spain, Mexico, Kuwait, El Salvador, Ecuador, Chile, Aruba, Peru, Panama dan lain-lain.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0
64% Awesome
  • Rasa 80 %
  • Perkhidmatan 70 %
  • Deko 50 %
  • Persekitaran 60 %
  • Harga 60 %

About Author

editorial

Leave A Reply