Jubah muslimah moden inspirasi Liyana Jasmay

0
Jubah muslimah ini turut diberi nafas baru. Kelihatan ringkas, tetapi mewah.

Jubah muslimah ini turut diberi nafas baru. Kelihatan ringkas, tetapi mewah.

SELEPAS bekerjasama dengan pelakon dan pengacara, Neelofa, menerusi koleksi Tiara Jubah. Kini Bella Ammara berkolaborasi pula bersama pelakon berbakat, Liyana Jasmay dengan penghasilan busana muslimah.

Baru-baru ini, satu majlis pelancaran telah di adakan di The Terrace Restaurant, The Curve, Damansara, bagi memperkenalkan  koleksi BellaLiyana01 yang berkonsepkan classic dan luxe. Koleksi jubah ini mempunyai  10 rona pilihan berbeza seperti kelabu, hijau, merah jambu, jingga dan merah. Perinciannya turut diberi nafas baru menggunakan gabungan tweed lace  selain disempurnakan dengan elemen Beadwork Swaroski yang cukup minimal tetapi mewah.

Liyana berkata, sepanjang dua minggu menghasilkan busana berkenaan bersama Bella Ammara, dia berasa seronok dan teruja dalam proses mereka pakaian.

“Semuanya terjadi secara kebetulan. Saya memang minat bidang fesyen sejak dulu lagi, teatpi kerana tiada pengalaman, saya tidak berani melakukannya sendirian. Hinggalah baru-baru ini Bella Ammara pelawa saya untuk berkolaborasi dengan mereka, jadi saya anggap ini satu peluang untuk saya lebih mendalami bidang perniagaan ini.

Ini usahasama pertama saya dengan butik Bella Ammara menghasilkan pakaian Muslimah. Jika berjaya, mungkin kami akan menghasilkan rekaan lain pada masa depan. Bagi saya, ini satu permulaan buat saya menerajui bidang fesyen Muslimah,” katanya.

Bella-LyanacoverKoleksi jubah Bella Liyana didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor dan dijual pada harga RM294. Manakala jualan secara online akan dibuka tidak lama lagi.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply