Juri MasterChef Australia temui peminat di Malaysia

0
master3

Juri MasterChef Australia, George Calombaris bergambar kenangan bersama peminatnya.

PELUANG bertemu dan melihat MasterChef Australia beraksi di Malaysia pastinya saat yang begitu mengujakan. Justeru, tidak hairanlah apabila kehadiran George Calombaris di Pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2014 begitu dinantikan ramai peminatnya.

Chef selebriti dan juri siri memasak yang popular ini yang datang ke Kuala Lumpur untuk mempromosi musim baharu MasterChef Australia Musim ke-6 yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam & 11 malam di Lifetime (saluran Astro 709), di samping mencuba masakan tempatan yang lazat.

Dapur MasterChef memang diminati ramai khususnya ketika Calombaris berkongsi sambil memasak hidangan terbaiknya dengan sentuhan Asia yang dihasilkan sendiri untuk peminat tempatan, iaitu Ayam Rebus dengan ‘Hummus’ Miso dan Salad Mangga Hijau. Peminat juga dapat peluang menujukan soalan kepada Calombaris menerusi laman Twitter dengan ‘hashtag’ #AskGeorge.

Hidangan tempatan
Menerusi laman web Lifetime, peminat telah mengundi hidangan tempatan kegemaran mereka yang disajikan kepada Calombaris ketika lawatannya di sini. Tiga hidangan yang mendapat undian tertinggi seperti: Nasi Kerabu, Assam Laksa, dan Telur Dadar Tiram Pulau Pinang.

“MasterChef Australia kembali ke Lifetime pada 29 September dan berada pada tangga pertama dalam waktu siarannya. Pada musim ini, kami menemui kumpulan tukang masak amatur terbaik sepanjang pertandingan diadakan.

 

 

 

 

Lifetime telah mendapat jumlah peminat yang ramai untuk MasterChef Australia, jadi kami sangat teruja membawa George bertemu sebahagian daripada peminatnya di rantau ini,” kata Naib Presiden Kanan, Program & Pemasaran, A+E Networks Asia, Michele Schofield.

"Hebat sekali dapat berkongsi minat mengenai makanan dengan setiap orang, menikmati juadah tempatan yang lazat dan menyelami budaya tempatan di sini.” -George Calombaris

“Hebat sekali dapat berkongsi minat mengenai makanan dengan setiap orang, menikmati juadah tempatan yang lazat dan menyelami budaya tempatan di sini.” -George Calombaris

“Saya sungguh teruja dapat menyertai lawatan MasterChef Australia di Asia. Saya pernah melawat Singapura dan Indonesia pada waktu dahulu dan ini kali pertama lawatan kerja saya ke Malaysia. Hebat sekali dapat berkongsi minat mengenai makanan dengan setiap orang, menikmati juadah tempatan yang lazat dan menyelami budaya tempatan di sini.” kata George Calombaris mengenai lawatannya ke Kuala Lumpur.

Sebagai sebahagian daripada lawatan ke Asia Tenggara, Calombaris akan ke Singapura pada 28 Oktober dan Indonesia pada 30 Oktober.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply