Kanak-kanak 6 tahun mati didera

0
Seorang ahli keluarga mengangkat mayat Muhammad Akir di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur semalam.

Seorang ahli keluarga mengangkat mayat Muhammad Akir di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur semalam.

AMPANG: Sadis dan kejam! Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun maut selepas dipercayai didera dan disimbah air panas di rumahnya di Pangsapuri Permai Ria, Taman Tasik Permai, Ampang kelmarin.

Kanak-kanak malang itu, Muhammad Akir Mustaqim Rashidi dibawa ke Hospital Ampang selepas ditemui tidak sedarkan diri pada kira-kira pukul 1 petang semalam oleh ibunya.

Anak keempat daripada lima adik-beradik itu kemudian dihantar ke Hospital Ampang, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan. Mayat mangsa Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan kerana membunuh.

Hasil bedah siasat, polis percaya mangsa mati akibat didera. Pemeriksaan pada mangsa menemui kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya. Muka dan bahagian hadapan badan mangsa turut terdapat kesan melecur dipercayai disimbah air panas.

Susulan kejadian itu, bapa kandung mangsa, Rashidi Nordah, 36, membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari sama.

Polis kemudiannya menahan seorang wanita berusia 31 tahun iaitu ibu kandung mangsa dan bapa tiri mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi bagi membantu siasatan.

 

*Sumber: Kosmo! Online & Utusan Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply