Kate Middleton hamil anak kedua

0

prince-william-and-kate-middleton-royal-babyISTERI Prince William, Kate Middleton berkongsi berita gembira mengenai kehamilan keduanya secara umum. Menerusi perutusan rasmi daripada kerajaan, pasangan diraja ini diberitahu bakal menyambut kelahiran bayi kedua tidak lama lagi. Sebelum ini, Middleton baharu sahaja melahirkan anak pertamanya, Prince George pada 22 Julai tahun 2013.

Menurut sumber diraja, Middleton, kini hamil dan kandungannya belum mencapai usia 12 minggu. Berita itu bukan sahaja menjadi perhatian masyarakat, malah turut menarik minat Perdana Menteri Britain, David Cameron. Menerusi laman sosial, Twitter, miliknya, pemimpin kerajaan itu memberi ucapan kepada pasangan diraja berkenaan.

Alahan teruk
Sewaktu kehamilan Prince George tahun lalu, Middleton mengalami alahan teruk dan masih terpaksa melalui perkara sama untuk kandungan keduanya. Middleton mengalami sejenis alahan hyperemesis gravidarum (rasa mual dan muntah yang ekstrem).
Ekoran daripada itu, Middleton turut mendapatkan rawatan intensif di Kensington Palace bersama doktor istana.

Sumber memberitahu, buat masa ini, Middleton berada dalam pengawasan doktor kerajaan di istana. Bagaimanapun, melihat kepada keadaannya kini, tiada apa-apa yang membimbangkan malah Middleton tidak perlu di bawa ke hospital kerana keadaannya belum  serius.

William sendirian
Jika sebelum ini, telah menjadi kebiasaan Middleton menemani Prince William dan ada kalanya turut membawa putera kesayangan bersama, namun ekoran keadaan kesihatannya kurang baik,  membuat Duchess of Cambridge ini tidak dapat menemani suaminya ke acara tertentu sepanjang tempoh ini.

Sewaktu menghadiri majlis di Kate, baru-baru ini William dilaporkan hadir tanpa Middleton. Menurut satu temu bual, William memberitahu keadaan isterinya itu baik-baik sahaja dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Nama pilihan
Ketika diberitahu mengetahui kehamilan pasangan diraja ini, ramai peminat dan warga Britain mula mengandaikan jantina cahaya mata kedua mereka.

Meskipun jantina keluarga baru kerajaan itu belum diumumkan, namun sudah ada beberapa nama yang menjadi pilihan, antara nama yang disebut termasuk James dan Arthur bagi bayi lelaki dan Elizabeth atau Victoria untuk bayi perempuan. Pilihan nama itu turut disebarkan ke laman sosial dan menganggap sesuai untuk golongan diraja.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply