Tuesday, Jan 23, 2018
HomePersonalitiKate Middleton teruja jelajah New Zealand

Kate Middleton teruja jelajah New Zealand

SEMALAM, pasangan diraja, Putera William dan Duchess of Cambridge Catherine Middleton bersama mereka, Putera George tiba di Wellington dalam jelajah tiga minggu ke New Zealand dan Australia.

Kate Middleton tampil anggun mengenakan persalinan serba merah rekaan Catherine Walker sambil mendukung anaknya yang kini berusia lapan bulan.  Biarpun ketika itu cuaca mendung, angin kencang dan tangga basah, namun reaksinya cukup tenang tatkala menuruni tangga pesawat.

ny                                                                     
kate-middleton-prince-william-prince-george-new-zealand                                                                      Gambar: nydailynews.com

 

Memandangkan  keadaan cuaca yang tidak begitu baik, Putera George tidak menyertai ibu bapanya untuk sesi ramah mesra di laman Government House yang menyaksikan Putera William dan Kate melakukan upacara hongi iaitu sentuhan sesama hidung sebagai tanda menyambut tetamu.

Menurut laporan agensi media, pewaris takhta diraja Britainitu hanya dibawa bersama untuk beberapa acara rasmi. Sementara itu, Putera William bersama Kate akan menghadiri beberapa lawatan rasmi termasuk bertemu pengarah Lord of the Rings, Peter Jackson.

Khabarnya, Kate tidak pernah menjejakkan kaki ke New Zealand mahupun Australia sebelum ini dan sangat teruja melalui pelbagai pengalaman barunya itu. Apatah lagi putera sulungnya turut serta dalam siri jelajah itu.

Kredit foto: Gambar utama (atas): vanityfair.com
Emma Maembong Serasi
Bekas pegawai tenter

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja