Kek aiskrim pelbagai cita rasa

0
Anda juga tidak perlu risau kerana kek aiskrim di sini mendapat pengesahan Halal daripada Jakim.

Anda juga tidak perlu risau kerana kek aiskrim di sini mendapat pengesahan Halal daripada Jakim.

DAPAT menikmati manisan kegemaran pada bila-bila masa memang menyeronokan.  Jika anda juga penggemar kek aiskrim, kini anda boleh menikmati pelbagai pilihan cita rasa kek aiskrim dengan resipi istimewa di kafe HEAVEN Premium Ice Cream Cake (HPICC).

Terletak di No 10,Boulevard, D-G-47, Block Dahlia, Lebuhraya Sprint, Petaling Jaya, kafe ini tampil dengan gaya dekorasi minimalis membuat suasana lebih santai dan menenangkan.

Lebih menarik, semua kek aiskrim yang ditawarkan di HPICC menggunakan resipi peribadi milik Ketua Pegawai Operasi HPICC, Yanti Radiman, (37). Kek aiskrim ini dibuat setiap hari dan perlu dihabiskan pada hari sama untuk menjamin kualiti rasanya. Anda juga tidak perlu risau kerana kek aiskrim di sini mendapat pengesahan Halal daripada Jakim.

Selain makan di sini, ada juga pelanggan yang menempah kek untuk majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan lain-lain acara,” ujar ketika ditemui baru-baru ini. Antara pilihan kek aiskrim yang mendapat sambutan ramai termasuk red velvet, chocolate strawberry, Yam, Vanilla dan lebih 10 jenis kek cawan aiskrim.

Harga berpatutan
Sebenarnya  hampir empat tahun HPICC beroperasi. Pada permulaan, mereka hanya mengedarkan kek aiskrim di hotel sebelum menjualnya di pasaran terbuka. Melihat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, kafe HPICC dibuka agar lebih ramai dapat menikmati kek aiskrim dan kek cawan aiskrim.

Kafe yang dibuka sejak Januari 2014 ini juga turut menyediakan hidangan pelbagai jenis pasta, makanan berasaskan ayam, daging, ikan, sup serta minuman koko, kopi dan teh.

Menyedari ada pelanggan beragama Islam yang ragu-ragu untuk makan makanan Barat yang dijual di restoran dan hotel, HPICC menawarkan sajian Barat dengan cita rasa berbeza kerana menggunakan resipi yang diolah semula mengikut selera orang Malaysia dan Islam. Sekali gus memastikan hanya bahan yang halal dan selamat. Jadi, pelanggan dapat menikmati makanan dengan rasa yakin dan selesa.

Walaupun kafe ini bercirikan makanan Barat, tetapi harganya berbaloi untuk seluruh lapisan masyarakat. Makanan yang disajikan di sini memang berkualiti dan enak dengan harga berpatutan. Antara hidangan yang mesti anda cuba termasuk Bounty Beef Burger, Cheesy Smoked Salmon, Chicken Heaven Club Sandwich dan Coronation Chicken.

Kafe ini boleh memuatkan 50 orang pelanggan pada satu-satu masa ini dan dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 8.30 malam setiap hari. Maklumat lanjut mengenai kafe ini, boleh melayari www. heavenpremiumicecreamcake.com

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply