Keluar tanpa dikesan

0

KOTA KINABALU: Dua wanita termasuk seorang pelancong warga China yang diculik sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata api di pusat pelancongan atas air Semporna, Rabu lalu, dipercayai disembunyikan di sebuah pulau di Perairan Selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pergerakan kumpulan ini sangat teliti bagi mengelak dikesan pasukan keselamatan negara.

“Kumpulan bersenjata api ini dipercayai keluar dari sempadan Malaysia tanpa dikesan oleh pasukan keselamatan negara.

“Namun, kita tahu kedudukan mereka tetapi polis tidak boleh mendedahkan lokasi sebenar kumpulan itu kerana boleh mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hamza berkata, hasil siasatan, polis menahan empat individu iaitu tiga wanita dan seorang lelaki dalam serbuan di sekitar pekan Semporna petang kelmarin.- Harian Metro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply