Monday, Jul 16, 2018
HomeNota EditorKematangan merentasi tahun 2015

Kematangan merentasi tahun 2015

Hi semua, terdahulu, saya mewakili team editorial PandaBaca.Com ingin ucapkan terima kasih kepada semua pembaca dari awal penerbitan hingga kini. Sokongan kalian sangat kami hargai.

Advertisements

Oh, dari mana nak dimulakan tulisan ini? Hurmmm… Memandangkan beberapa hari saja kita bakal meninggalkan tahun 2014 dan melangkah ke 2015, apa kata saya membebel sikit soal tahun baru.

Datang tahun baharu biasanya kita bercakap mengenai azam. Setiap tahun, kita bikin azam baharu… target baharu. Biasa, ‘kan.

Apa azam baharu anda? Kalau saya sendiri macam mana? Mestilah ada, azamnya mahu melunaskan beberapa azam tahun sebelumnya tak tercapai. Misalnya, menjadi seorang yang lebih rajin dan bersemangat.

Menghabiskan bacaan untuk 136 buah buku yang diberi tahun 2013-2014 yang tak sempat dibaca. Kurangkan aktiviti waktu malam, terutama nonton filem berteman tiga cawan kopi O bersama biskut kering (yang ni memang payah, favorite soalnya).

Target 2015

Argh…kalau nak dilistkan, memang panjang. Jadinya, itulah antara azam dan target saya untuk tahun 2015. Selagi tak tuntas azam itu, maka tak bolehlah berangan membayangkan hal-hal baru.

Kenapa? Buat apa gigih membayangkan azam dan target baharu, padahal azam sebelumnya tak kita sempurnakan? Itu namanya kerja sia-sia dan mengada-ngada!

Hey, itu tak bermakna saya ni tak ada cita-cita ye. Bak kata Hamka, “Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak pernah padam.”

Oklah, setakat ini dulu bebelan saya untuk semua pembaca Panda Baca yang setia. Rajin-rajin ye ziarah kami di sini dan kalau ada cadangan, boleh emelkan ke hipandabaca@gmail.com

Jumpa lagi dalam nota seterusnya. Selamat merentasi tahun 2015 dengan penuh fokus dan kematangan.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Mangsa banjir cecah
Pementasan amal muzi

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja