Kembara Segar Dan Berseri Bersama SAFI Fruity Fresh

0
SAFI-FRUITY-FRESH-(2)

SAFI membawakan SAFI Fruity Fresh, pembersih wajah yang diformulasi khas untuk gadis berumur 12 tahun keatas, dengan objektif ingin mendidik remaja cara penjagaan wajah yang betul.

Membersih wajah bukan sekadar membilas dengan air atau menggunakan sabun badan pada muka. Tekstur kulit muka yang lembut dan berpori amat berbeza dengan tekstur kulit badan. Hanya dengan teknik penjagaan wajah yang betul serta pemilihan pembersih wajah yang bersesuaian akan memberikan kesan lebih baik pada wajah.

Penjagaan wajah seawal peringkat remaja penting kerana kulit remaja lebih cenderung untuk menjadi kusam dan berminyak. Pori akan mudah tersumbat dengan habuk dan kotoran menjadikan jerawat mudah timbul dan menjadikan kulit kasar.

Memahami fasa perubahan diri seorang gadis, SAFI jenama Halal No.1 Malaysia mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rangkaian pembersih wajah asas yang sesuai untuk kulit remaja. SAFI membawakan SAFI Fruity Fresh, pembersih wajah yang diformulasi khas untuk gadis berumur 12 tahun keatas, dengan objektif ingin mendidik remaja cara penjagaan wajah yang betul.

Kempen Kembara Segar dan Berseri bersama SAFI Fruity fresh sedang giat diadakan di 200 sekolah-sekolah terpilih Semenanjung Malaysia.

Menyedari proses perubahan hormon remaja termasuk peningkatan jerawat dan minyak pada kulit, kempen fasa pertama ini  ini disasarkan untuk memberi didikan asas secara langsung berkenaan penjagaan wajah kepada 60,000 pelajar perempuan berumur sekitar 12 tahun hingga 15 tahun. Dengan panduan dan tunjuk ajar daripada fasilitator, pelajar dapat mengaplikasikan teknik penjagaan serta merta tanpa berasa ragu-ragu.

Baru-baru ini, wakil media telah dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, bertempat di Jalan Klang Lama untuk turut serta dalam aktiviti bersama pelajar.

Aktiviti Kembara Segar dan Berseri bersama SAFI Fruity Fresh dimulai dengan pendedahan asas mengenai struktur kulit wajah seperti lapisan dermis dan epidermis. Pelajar turut diberikan gambaran  keadaan yang berlaku pada wajah mereka apabila mencapai umur baligh, dengan menggunakan kertas penyerap minyak, pelajar diajar cara untuk mengenalpasti jenis kulit sama ada kulit normal, kulit berminyak, kulit kering, ataupun campuran kulit kering dan berminyak. Sukarelawan daripada kalangan pelajar turut tampil dan cuba melakukannya sendiri.

Setelah memahami jenis kulit wajah setiap individu, fasilitator menerangkan faktor yang menyebabkan jerawat dan bintik hitam pada wajah. Langkah merawat dan mencegah dijelaskan dengan terperinci agar pelajar dapat mengaplikasi cara yang betul.

Pada akhir aktiviti, pelajar diajar cara membersih wajah dengan betul menggunakan SAFI Fruity Fresh. Demonstrasi  dilakukan fasilitator agar kaedah penggunan dapat diaplikasi dengan betul. Diperkaya dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh amat sesuai untuk setiap jenis kulit wajah, dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis.

Formulasi khas  ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza SAFI Fruity Fresh, ia memberikan aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply