Kempen lebih nutrisi bersama Chef Anis

0
_62U0338-A

Kempen ini dimulai dengan sesi interaktif ‘Lebih Lagi Nutrisi bersama Chef Anis Nabilah’ eksklusif untuk ibu dan anak.

Baru-baru ini, Dugro® telah melancarkan kempen baru, ‘Lebih Lagi Nutrisi’ bagi menekankan pentingnya nutrisi kanak-kanak untuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Menerusi kempen ini,  bersama chef selebriti dan jurucakap kempen ini, Anis Nabilah, Dugro® mempelawa ibu-ibu di seluruh negara untuk menjadikan waktu makan lebih berkhasiat dan menarik untuk si manja supaya memupuk tabiat pemakanan yang sihat sejak usia muda.

Kempen ini dimulai dengan sesi interaktif ‘Lebih Lagi Nutrisi bersama Chef Anis Nabilah’ eksklusif untuk  ibu dan anak, disusuli dengan road show ke seluruh negara, ‘Peraduan Lebih Lagi Nutrisi’ di halaman Facebook Dumex  Dugro® serta promosi pengguna Bekas Nutrisi Dugro® eksklusif dari 17 Ogos hingga 18 Oktober 2015.

PengurusKananPemasaran, Danone Dumex (M) Sdn Bhd, Christy Yong, berkata, misi Danone Dumex Malaysia iala hmemberi kesihatan melalui nutrisi kepada lebih ramai kanak-kanak di Malaysia.

“Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti nutrisi dalam produk kami, seperti Dugro® 5 NUTRI, untuk memberikan lebih pilihan kepada ibu bagi menyokong nutrisi anak-anak mereka. Kami juga  kami  komited dengan inisiatif kempen ini untuk menyebarkan mesej bahawa perkembangan menyeluruh kanak-kanak adalah amat penting dan kami akan berkongsi beberapa petua dalam aspek ini.

“Kali ini, kami gembira kerana mendapat sokongan padu daripada chef Anis yang akan berkongsi petua menyediakan hidangan makanan yang berkhasiat dengan cara menarik dan kreatif,” kata Christy Yong.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja mengesyorkan kanak-kanak mengambil dua hingga tiga hidangan susu dan produk susu untuk melengkapkan diet harian kanak-kanak.

Jadi ibu juga boleh memenuhi keperluan nutrisi anak mereka dengan susu untuk membesar.  Dugro® 5 NUTRI dirumus dengan 100%  lebih* DHA, prebiotiklcFOS untuk menyokong kesihatan sistem penghadaman yang baik serta protein, kalsiumdan vitamin A untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak. (*berbanding rumusan sebelumnya).

Sementara itu Chef Anis menyifatkan adalah penting untuk makan secara sihat dan seimbang sejak kecil untuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Di samping menyediakan pelbagai jenis makanan, dia juga percaya persembahan makanan tersebut akan mempengaruhi tabiat pemakanan kanak-kanak.

“Kita menjamu dengan mata kita dahulu. Jadi, bagi ibubapa yang mengalami kesukaran untuk menggalakkan anak mereka makan makanan yang berkhasiat, gunakan jenis makanan yang berbeza dari segi warna dan tekstur dan susunkan makanan menjadis eni makanan yang ringkas untuk menarik minat kanak-kanak untuk makan. Ini akan menjadikan waktu makan bagi anak lebih mudah.

“Melibatkan kanak-kanak dalam penyediaan makanan di dapur juga dapat membantu. Sebagai contoh, biarkan anak memilih seni makanan yang mereka suka misalnya muka lucu, rumah, pokok, rama-rama dan tunjukkan mereka bagaimana bekas nutrisi Dugro® boleh digunakan untuk mempersembahkan idea seni makanan ini denga ncara yang kreatif,” ujar chef Anis.

Jadilah sebahagian daripada KempenDugro® ‘Lebih Lagi Nutrisi’!
Ibu dan anak di Malaysia dipelawa menikmati makanan dan nutrisi dengan cara baru, bermula dengan:

1. Roadshow ‘Dunia Lebih Lagi Nutrisi dengan Dugro®’ di seluruh negara akanberlangsung di lebih daripada 50 lokasi di seluruh Malaysia dan memaparkan permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis.

2. Dapatkan koleksi Bekas Nutrisi Dugro® eksklusif dengan setiap pembelian duapek 900g Dugro® 5 NUTRI.  Bekas makanan ini memudahkan ibu menyediakan makanan untuk anak membawanya ke sekolah.

3. Dari 31 Ogos hingga 11 Oktober,  ibu juga berpeluang menyertai‘Peraduan Lebih Lagi Nutrisi’ di mana mereka boleh menggabungkan petua chef Anis dengan kreativiti mereka sendiri untuk menghasilkan idea seni makanan sendiri dan memenangi hadiah hebat. Ambil gambar karya seni masakan anda dan muat turunkan gambar itu di halaman Facebook Dugro®, www.facebook.com/DumexDugro.

Maklumat lanjut  mengenai Dugro® dan Kempen ‘Lebih Lagi Nutrisi’, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply