Saturday, Aug 18, 2018
HomeOpiniKenapa kita ‘judgmental’?

Kenapa kita ‘judgmental’?

KITA adalah apa yang kita fikirkan…setuju? Ok, saya sebenarnya nak ‘sembang-sembang’ sikit mengenai sikap segelintir individu yang mudah dan suka sangat membelek-belek, menghitung-hitung, mengheboh-heboh dan merendah-rendahkan kekurangan, kelemahan, kesilapan serta ‘ketidakhebatan’ orang lain – di mata dia – dengan sebab berasa diri lebih hebat (barangkali begitu).

Advertisements

Misalnya, dalam satu kejadian ini. Suatu malam, saya makan di restoran berdekatan rumah. Badan penat, memang tiada mood nak main masak-masak. Saya sengaja ambil kedudukan di luar premis, open air konsepnya hehehe. Ramai juga yang lebih suka makan di luar berbanding di dalam restoran, jadi ada ‘kawan’ (sebab saya makan sendirian).

Tatkala menunggu makanan yang dipesan sampai, macam biasa saya ralit melayan facebook dan instagram menerusi iphone (nak juga sebut ye, hehehehe). Dalam leka, telinga saya yang tak berapa nak capang ni tertangkap sekumpulan wanita sedang rancak bergosip. Saya gigih mencari arah mana bunyi itu datang, rupa-rupanya hanya di sebelah saya. Apa lagi, buat jahatlah…(maaf ya, semuanya bahasa ‘pasar’ dan sengaja di kekalkan untuk ‘menyedapkan’ bunyi sembang mereka).

Si baju kurung merah: Alah, laki dia tu askar je.
Si baju biru bercelana jeans : Oh ye ke, tapi aku tengok macam selalu berduit aje.
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Rugi kahwin, asyik kena tinggal aje.

Si baju kurung merah: Cuba tengok baju dia, hari-hari pergi office pakai baju itu-itu jugak. Mana ada baju baru, biasalah bini askar ‘kan!
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Haah, dia baya-baya kita juga tapi nampak macam makcik-makcik aje. Kalau aku, setakat askar baik tak payah berlaki!
Si baju kurung merah: Hari-hari bawak bekal, busuk satu office!
Si baju biru bercelana jeans: Rumah dia mesti jenis biasa-biasa je ‘kan?
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Haruslah! Askar mampu ke beli kondo…villa bagai?

Si baju kurung merah: Eh, korang perasan tak Hasli sekarang ni pagi-pagi masuk surau. Apa dia buat?
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Alah, mengular ‘lah tu! Dia ‘kan ada buat bisness cupcakes kat rumah, tak cukup tidur datang office mengular kat surau!
Si baju biru bercelana jeans: Sedap ke kek dia? Eee…mana aci macam tu, makan gaji buta!
Si baju blous putih bercelana hitam polos: Tengoklah dalam facebook dia, asyik post gambar kek.

Fuhhh…sebenarnya banyak lagi yang mereka bebelkan, macam-macam nama keluar juga cerita itu dan ini, tapi macam ‘penat’ pulak nak taip semua di sini. Saya cuma memetik sebahagian daripada isi perbualan mereka yang membuat saya sangat letih dengan sikap segelintir ‘kita’ apabila berkumpul atau berkisah mengenai orang lain.

Mengapa mereka hanya ‘nampak’ yang kurang, lemah, salah dan buruk saja. Misalnya, apa masalah ‘si temannya’ bersuami askar? Kenapa pula jadi kes kalau pun hari-hari ‘si teman’ bawa bekal? Kalau ye pun ‘si teman’ selalu ‘hilang’ ke surau, kenapa cepat sangat fikir orang itu pergi mengular? Kenapa mereka tak terfikir mungkin ‘si teman’ buat solat Dhuha ke?

Faham tak maksud saya? Jadi, setuju tak apabila saya kata kita memang apa yang kita fikirkan?

Anda pernah dengar ini, “Walk a mile in my shoes, see what I see. Hear what I hear. Feel what I feel, then maybe you’ll understand why I do what I do, ‘till then don’t judge me.” So, sebaiknya, never assume anything. Be curious not judgmental, sebab judging a person does not define who they are. It defines who you are!

 

* Info penyumbang:
Penulis berpengalaman menulis di beberapa buah majalah gaya hidup, tabloid dan turut menjadi blogger sambilan. Boleh baca tulisan lainnya di www.snapsqueen.blogspot.com 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Koleksi musim bunga
Sofia Jane menang Pe

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja