“Kenapa saya perlu minta maaf?”

0

“KENAPA saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”

Isteri kepada Romie Razin Adilha, Nurliyana Abdul Manan berkata demikian ketika mengulas tindakan pelakon Hanez Suraya yang meminta dia membuat permohonan maaf kepada aktres itu atas tuduhan menjejaskan maruah dirinya apabila digelar perampas suami orang.

Menerusi kenyataan yang dibuat kepada Berita Harian semalam (6 Mac 2014), Nurliyana berkata, kenapa pula dia perlu meminta maaf, padahal Hanez Suraya yang sepatutnya berbuat demikian.

“Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah-olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam-macam lagi. Saya marah kerana dia muat naik gambarnya bersama anak-anak saya. Saya masih isteri Romie, belum becerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampilkan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes perceraian kami selesai dulu,” katanya.

Mendirikan rumah tangga selama 8 tahun, Liyana Manan mengakui menfailkan penceraian pada tahun 2011 atas sebab suaminya berlaku curang dan ini kali ke-2 dia menfailkan penceraian. “Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak.” – Berita Harian

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply