Monday, Jun 25, 2018
HomeKecantikanKeperluan vitamin untuk kecantikan kulit

Keperluan vitamin untuk kecantikan kulit

Di sekeliling kita ada zat radikal bebas yang mudah menempel pada sel dan jaringan tubuh, termasuk kulit. Gambar hiasan.

JIKA sebelum ini menghurai mengenai manfaat Vitamin C untuk kecantikan, kali ini kita tambah pengetahuan berkaitan beberapa jenis vitamin lain yang boleh membantu menjaga kecantikan kulit sekali gus membantu menjaga kesihatan tubuh.

Advertisements

Bagi wanita yang mementingkan penampilan diri, pastinya sangat mengambil berat soal penjagaan dan rawatan kulit khususnya kulit muka.

Di sekeliling kita ada zat radikal bebas yang mudah menempel pada sel dan jaringan tubuh, termasuk kulit. Bagi yang tinggal dibandar, risiko mengalami kerosakan kulit dan menjejaskan kesihatan tubuh cukup tinggi kerana keadaan persekitaran tidak bersih. Justeru, pengambilan vitamin sesuai keperluan kulit sangat penting.

Berikut ini beberapa jenis vitamin yang diperlukan untuk menjaga dan merawat kulit agar kekal sihat dan cantik berseri. [private levels=”free”]

Vitamin E: Melawan kekeringan dan mencantikan kulit
Rawatan kulit dari dalam boleh dilakukan dengan beberapa cara, antara minum air putih sebanyak dua liter sehari, makan makanan bergizi (sayur dan buah-buahan), olahraga yang teratur serta pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E semula jadi.

Vitamin ini perlu diamalkan secara rutin agar dapat membantu memulihkan semula kulit dari dalam, selain menjaga kesegaran dan keremajaan kulit, sekali gus menghalang radikal bebas agar tidak merosakan kulit.

Vitamin E juga bukan sahaja baik untuk kecantikan wajah, malah bermanfaat  untuk meningkatkan daya tahan tubuh, mengelakkan risiko barah dan penyakit jantung, menjaga dan meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mencegah penuaan awal, menghalang radikal bebas sinar ultraviolet. Selain berfungsi sebagai antioksidan semula jadi untuk membantu melindungi struktur sel terutama membran sel daripada kerosakan radikal bebas.

Vitamin E bersifat mudah larut dalam lemak dan selamat digunakan, namun perlu diambil dalam sukatan dan jumlah tepat.  Sumber vitamin E semula jadi boleh didapati daripada sayuran, buah, susu, minyak zaitun, minyak bunga matahari, kacang dan telur. Kini, ada cara mudah untuk mendapatkan manfaat vitamin E termasuk dalam bentuk pil atau kapsul.

Vitamin B: Melembapkan kulit
Membantu kulit mengikat lemak dan bermanfaat untuk menjaga kecantikan serta kesihatan kulit, selain membantu menjaga keseimbangan hormon wanita. Jika seseorang kekurangan vitamin B di dalam tubuh, kulit akan menjadi kering dan bersisik. Sumber makanan yang mengandungi vitamin B antaranya, beras merah, tepung gandum, kacang, brokoli, ubi kentang dan tembikai.

Vitamin A: Antioksidan
Sayuran berwarna hijau dan merah seperti bayam atau lobak merah mengandungi nutrisi semula jadi yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Lobak merah misalnya, kaya dengan kandungan beta karotin.

Tubuh mengubah kandungan beta karotin menjadi vitamin A yang berfungsi sebagai antioksidan. Ini penting untuk menjaga sel tubuh daripada berlaku kerosakan serta mencegah terjadinya penuaan awal.

Sayuran juga mengandungi serat yang mampu mengeluarkan racun di dalam tubuh. Selain membantu kulit membentuk sel kulit baru dan membuang sel kulit mati serta mengurangkan kekeringan kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan muda. [/private]

comments

FOLLOW US ON:
Cara mudah bakar kal
Amy Search masuk IJN

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja