Kepimpinan baharu mantapkan WHAM

0
Teraju baharu Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Teraju baharu Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

SETELAH 12 tahun menerajui Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Presidennya, Fauziah Rauf melepaskan jawatan yang disandang itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur malam Selasa, sekali gus melantik kepimpinan baharu untuk terus menerajui WHAM.

Simbolik penyerahan bidang tugas daripada Mantan Presiden WHAM, Fauziah Rauf kepada Presiden baharu, Tengku Khalidah.

Simbolik penyerahan bidang tugas daripada Mantan Presiden WHAM, Fauziah Rauf kepada Presiden baharu, Tengku Khalidah.

Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin dipilih sebagai Presiden baharu dengan mendapat undi sebulat suara bagi menggantikan Fauziah yang memegang jawatan berkenaan sejak ditubuhkan pada tahun 2002.

Sementara itu, jawatan Timbalan Presiden disandang Pengarang Hiburan mStar Online, Niezam Abdullah.  Manakala Penolong Pengarang Majalah URTV, Norashikin Hassan dilantik sebagai Setiausaha dan Penolong Setiausaha disandang wartawan portal Malaysian Gazette, Arif Nizam Abdullah.

Jawatan Ketua Penerangan disandang Editor Hiburan NSTP, Faridul Anwar manakala untuk jawatan Bendahari disandang Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Bpop). Editor Hiburan Metro Ahad, Hartati Hassan Basri dan Editor Mangga Online, Rosli Manah dilantik sebagai Juruaudit.

Tujuh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) WHAM telah dipilih iaitu Syazwan Zakariah (hlive-Astro), Azuan Azmi (Melodi), Ridzuan Abdul Rahman (Harian Metro), Abdul Razak Tahrin (Media Hiburan), Joha Ahmad (Utusan Karya), Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo) dan Wahida Othman (URTV).

AGM kali ini telah dihadiri kira-kira 100 wartawan hiburan media cetak dan elektronik tempatan itu, kesemua sepakat untuk memperkukuhkan intergriti wartawan hiburan yang sering diperlekehkan sejak kebelakangan ini. Ahli WHAM juga bersetuju supaya satu bentuk tindakan diambil membabitkan sesuatu isu yang boleh menjatuhkan kredibiliti dunia kewartawanan hiburan negara.

Bersatu hati meneruskan perjuangan WHAM bersama kepimpinan baharu.

Bersatu hati meneruskan perjuangan WHAM bersama kepimpinan baharu.

* Kredit foto: Zainie Mokhtar

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply