“Hebatlah Sayang ni…”

0
Apabila melakukan aktiviti pemanasan, sentuh bahagian tubuh yang boleh menimbulkan rangsangan dan lakukan di depan pasangan (atau beritahu pasangan). Gambar hiasan.

Apabila melakukan aktiviti pemanasan, sentuh bahagian tubuh yang boleh menimbulkan rangsangan dan lakukan di depan pasangan (atau beritahu pasangan). Gambar hiasan.

“DALAM perjalan pulang ke rumah tadi, mood nak bersama isteri cukup bergelora. Tak sabar rasanya nak tarik dia masuk ke dalam bilik, tetapi apabila berada di atas ranjang tiba-tiba saja ghairah tu hilang. Kenapa ya?” Luah Saiful dengan wajah murung.

Anda berasa sihat dan bertenaga, tetapi tiada mood untuk bersama pasangan. Apakah ini petanda ghairah seks menurun? Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan anda tidak berminat untuk melakukan hubungan seks.

Hubungan seksual bukan sekadar memenuhi keperluan batin, juga menjadi rencah penting untuk mengeratkan hubungan pasangan suami isteri. Kegiatan seks seharusnya dilakukan dengan penuh kasih sayang, tertib dan paling penting, saling memahami serta berusaha memenuhi keinginan serta kepuasan bersama.

Beberapa kajian menunjukkan, tanpa melakukan aktiviti pemanasan, anda dan pasangan mungkin menghadapi kesukaran membangkitkan mood untuk melakukan hubungan seks.  Jadi, apa kata cuba panduan berikut ini agar anda dan pasangan dapat menikmati kepuasan seks sepenuhnya.

Anda perlu mendaftar untuk membaca keseluruhan kandungan portal ini. Login menggunakan kotak di sidebar. Tidak mendaftar? Klik di sini untuk mendaftar
Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply