‘Kepulangan mummy, daddy ditunggu’

0

KOTA BHARU: “Kami akan tunggu kepulangan mummy dan daddy,” luah Aisyah Azizul Raheem, 15, kepada ibu saudaranya, Shaleena Norshal sebaik dimaklumkan berita mengenai hukuman yang dikenakan terhadap ibu dan bapanya oleh Mahkamah Daerah Solna di Sweden, kelmarin.

Anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati yang dijatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 dan 14 bulan itu, walaupun sebak menerima berita sedih tetap kelihatan tabah dan bersyukur kerana hukuman dikenakan singkat.

sweden

Shaleena, 42, berkata keputusan itu perlu dimaklumkan walaupun pada mulanya agak payah untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku terhadap kedua-dua ibu bapa mereka.

“Pada mulanya saya teragak-agak untuk memberitahu kerana kasihan berikutan empat beradik itu masih kecil. Sebaik diberitahu ibu bapa mereka dipenjara, Aisyah dan Ammar, 13, terus menangis namun pada masa sama meluahkan rasa syukur kerana hukuman dikenakan singkat.

“Saya terpaksa memotivasikan mereka dengan mengatakan `mummy dan daddy di sana hanya sekejap dan akan kembali menemui kamu’. Alhamdulillah, mereka nampaknya boleh menerima dan emosi kembali stabil,” katanya ketika dihubungi, semalam.-Berita Harian

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply