Ketakutan lelaki mengenai seks (Bahagian 1)

0
Gambar hiasan

Gambar hiasan

MALEK merenung dirinya di depan cermin, perutnya yang ‘membengkak’ itu diusap perlahan-lahan. Wajahnya sayu. Dia mengeluh, lemah dan berat. Dia melihat ke arah isterinya yang tidur nyenyak tidur, mungkin sedang dibuai mimpi. Sekali lagi dia mengeluh, “Malam Jumaat yang membosankan.” Runggut Malek di dalam hati.

Ya, tidak dinafikan kehidupan seks pasangan suami isteri tidak selalunya indah dan berjalan mengikut kehendak kita. Dari segi kelangsungan hubungan seks, lelaki juga mempunyai ketakutan tersendiri. Berikut ini beberapa kebimbangan lelaki mengenai seks yang membuat mereka sering tidak tidur lena,  antaranya:

1. Ejakulasi awal
Beberapa kajian mendapati, lebih 60 peratus lelaki menghadapi masalah ejakulasi awal khususnya di bawah usia 40 tahun. Ejakulasi awal boleh terjadi kerana dua faktor, kebiasaan melakukan onani dan serotonin dalam tubuh menurun kerana faktor usia.

2. Bernafsu, tidak tenaga
Masalah seks yang dominan dalam dunia lelaki adalah bernafsu besar, tetapi kurang tenaga. Walaupun ghairah meluap-luap, malangnya alat kelamin masih ‘tidur’. Ini mungkin disebabkan baru makan (selepas makan, bekalan darah di bahagian alat kelamin berkurangan kerana perlu  mencerna makanan).

Keadaan ini menyebabkan alat kelamin sukar memberi tindak balas. Jadi, jika mahu bersama, lakukan sekurang-kurangnya dua jam selepas makan. Selain itu,  tekanan darah tinggi, diabetes dan pembedahan membabitkan pinggul juga boleh menjadi punca masalah ini

3. Alat kelamin mengecil?
Ada segelintir lelaki mengeluh kerana alat kelaminnya mengecil. Benarkah hal itu boleh terjadi? Perut membesar (buncit), menyebabkan alat kelamin kelihatan kecil. Sebaiknya, jangan biarkan perut anda buncit. Kegemukan juga boleh menyebabkan pengeluaran hormon testosteron menurun hingga membuat ghairah seks menurun atau tindak balas tidak tahan lama. (Ketakutan lelaki mengenai seks- bahagian 2)  

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply