Ketakutan lelaki mengenai seks (Bahagian 2)

0
Gambar hiasan

Gambar hiasan

EJAKULASI awal, bernafsu besar tetapi kurang bertenaga dan alat kelamin mengecil antara ketakutan lelaki yang dinyatakan pada rencana sebelum ini. Ini empat lagi kebimbangan mereka mengenai seks.

4. Loya waktu pagi
Masalah seks yang biasa dialami lelaki adalah alat kelamin tidak  bertindak balas waktu pagi. Secara semula jadi, setelah semalaman berehat, hormon testosteron akan meningkat waktu pagi. Jika masalah ini terjadi, anda perlu segera mendapatkan nasihat dan rawatan doktor.

5. Kurang yakin
Ramai lelaki kurang yakin dapat memberi kepuasan seks kepada pasangannya. Satu daripada penyebabnya, berasa alat kelaminnya terlalu kecil. Banyak kajian membuktikan, ukuran bukan masalah. Jadi, jangan waswas dengan kemampuan anda untuk memberi kepuasan seksual kepada pasangan.

6. Masalah tindak balas kedua
Kesulitan alat kelamin memberi tindak balas untuk kali kedua (ketika bersama pasangan) sering membuat lelaki kecewa. Sebenarnya, melakukan hubungan kelamin berkali-kali sehari tidak dianjurkan. Hubungan seks berkualiti, memadai sekali atau dua kali bersama dalam seminggu. Jika merancang menambah anak, sebaiknya tunggu hingga sperma matang. Proses kematangan sperma memerlukan 60-75 jam.

7. Malas
Pasangan yang kelihatan malas atau enggan bersama sering membuat lelaki kecewa. Apatah lagi bagi pasangan pengantin baru, isteri mungkin kurang terangsang. Keadaan ini berlaku mungkin kerana tidak tahu cara tepat membangkitkan ghairah suaminya. Manakala mereka yang telah lama berkahwin, rasa malas timbul mungkin kerana penat atau tekanan emosi. (Ketakutan lelaki mengenai seks- bahagian 1)  

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply