Friday, Apr 20, 2018
HomeDi PasaranKetuhar Dan Dapur Gaggenau Berkualiti Profesional

Ketuhar Dan Dapur Gaggenau Berkualiti Profesional

Pengedar perkakas rumah jenama Gaggenau, BSH Home Appliances Sdn. Bhd., memperkenalkan dua produk baharunya hari ini iaitu ketuhar dan dapur Vario siri 400 direka khas untuk disesuaikan dengan keperluan dan kegemaran memasak berlainan.

Advertisements

Menyasarkan pasaran mewah, produk ini direka bagi golongan gemar memasak dan menghargai reka bentuk serta kemudahan yang disediakan. Lebih istimewa, semua produk jenama ini dibangunkan berinsipirasikan dapur profesional sebagai penanda aras yang ingin dicapai dalam memberi kepuasan pada tahap tertinggi.

Sebagai jenama mewah terkemuka Jerman, kejayaan Gaggenau diilhamkan melalui inovasi teknologi dan reka bentuk termaju. Penampilan sulung ketuhar dan dapur Vario siri 400 ini menyerlahkan kepakaran Gaggenau dalam membakar dan memasak.

Ketuhar siri 400 menampilkan rekabentyk berarca. Perkakasnya berukuran 76 atau 60 sentimeter lebar dan diperbuat daripada keluli tahan karat. Digabungkan dengan permukaan bebas panel dan pintu tanpa pemegang, menampakkan kewujudannya mempesonakan tanpa menjejaskan sekeliling. Selain boleh diletakkan secara bersendirian mahupun digandingkan dengan perkakas lain dalam siri sama. Siri 400 ini termasuk ketuhar, ketuhar gabungan-wap, ketuhar gelombang mikro, mesin espresso automatik penuh dan laci pemanasan.

Sementara dapur Vario siri 400 mempunyai kecanggihan teknikal untuk disesuaikan dengan semua keperluan dan menawarkan penggunanya ‘carte blanche’ (kebebasan penuh untuk bertindak mengikut kehendak’ dari segi kombinasi dan integrasi.

Ketuhar dan dapur ini boleh dibezakan dengan fungsi optimun, kehalusan kerja tangan dan penggunaan bahan berkualiti tinggi.

Produk ini boleh didapati pada harga runcit bermula daripada RM14,800. Maklumat lanjut, layari www.gaggenau.com/my/.

comments

Apa itu Flight Simul
SPM 2013: 100 calon

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja