Khazanah Jalan Sutera dan Laluan Rempah di PIAACUF 2015

0
Pameran turut menggambarkan pelbagai penemuan menarik di laluan perdagangan sutera dan rempah termasuk penerokaan di bidang astronomi, perubatan, pembedahan, matematik, fizik, seni bina, optometri, sistem aliran air, maritim dan senjata.

Pameran turut menggambarkan pelbagai penemuan menarik di laluan perdagangan sutera dan rempah termasuk penerokaan di bidang astronomi, perubatan, pembedahan, matematik, fizik, seni bina, optometri, sistem aliran air, maritim dan senjata.

Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2015 (PIAACUF 2015) kembali buat kali ketiga di Dataran Putrajaya, Presint 3,  dari 29 Oktober hingga 1 November 2015 bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

PIIACUF 2015 bertemakan “Khazanah Jalan Sutera dan Laluan Rempah”, menampilkan pameran dan persembahan mantap dari pengiat seni dari negara Turki, Oman, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Kuwait, Algeria, Iran, China, Tunisia, Indonesia dan Malaysia, yang diwakili Pusat Pelancongan Islam, serta negeri Kelantan dan Johor.

Selari dengan tema pada tahun ini, pameran yang dibawa menggambarkan pelbagai penemuan menarik di laluan perdagangan sutera dan rempah termasuk penerokaan di bidang astronomi, perubatan, pembedahan, matematik, fizik, seni bina, optometri, sistem aliran air, maritim, senjata dan lain-lain.

PIIACUF yang dianjurkan buat kali pertama pada tahun 2013, bertujuan memartabatkan Putrajaya sebagai pusat kecemerlangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baharu di peringkat antarabangsa dan memaparkan imej positif TamadunIslam.

Festival ini dianjurkan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama kerajaan negara peserta, Pusat Penyelidikan Sejarah Islam, Kesenian dan Kebudayaan (IRCICA) di bawah bidang kuasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), serta agensi kerajaan dan sektor swasta.

Sebanyak 200 aktiviti dijadualkan sepanjang PIIACUF 2015 dalam usaha memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai keindahan warisan Islam.  Antara acara menarikyang diketengahkan termasuk Pameran fakta dan sejarah Tamadun Islam, Pameran Haremeyn yang mempamerkan koleksi fotografi dari Kota Suci Mekah dan Madinah semasa Empayar Uthmaniyyah, Pameran Seni Khat IRCICA, Pameran Musyaf Al-Quran Yayasan Restu,  Pertunjukan Fesyen Antarabangsa, Persembahan Kebudayaan, Demonstrasi Kraf, 8) Ceramah mengenai “Seni di dalam Tamadun Islam” daripada Dr Halit Eren dari IRCICA, dan TulisanKhat sepanjang 1 kilometer hasil kerjasamaBiro Agama UMNO Putrajaya dan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Putrajaya yang akan direkodkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai Tulisan Khat terpanjang yang pernah dihasilkan.

Selain menjadi platform bagi pembangunan kapasiti dan rangkaian kerjasama, PIIACUF juga satu usaha ke arah merangsang ekonomi negara, antara landasan perniagaan yang disedia di festival ini adalah Ekspo Buku Antarabangsa Malaysia, Pameran Fesyen Islam, Zon Kanak-Kanak (Aulad) serta promosi pakej  pelancongan yang ditawarkan kepada  pelancong dari dalam dan luar negara.

Dianjurkan serentak dengan Festival Light and Motion Putrajaya 2015 (LAMPU 2015), PIIACUF  2015 menyajikan pelbagai sajian Khazanah Kesenian dan Kebudayaan Islam di beberapa lokasi  sepanjang Dataran Putrajaya, Presint 3.  Kemeriahan ini diserikan pengisian menarik dari Festival LAMPU 2015. Antaranya Pemetaan Bercahaya, Struktur Bercahaya, Taman Bercahaya, Gerbang Bercahaya, Persembahan Tron Dance dan pelbagai program yang menarik pada waktu malam.  Masuk adalah percuma bagi kedua-dua festival ini.   Maklumat lanjut PIIACUF atau LAMPU, layari laman www.piiacuf.com atau www.ppj.gov.my .

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply