Kisah ‘Tegar’ & ‘Saya nak bunuh diri’ (bahagian 1)

0

HARI  ini saya nak bercerita mengenai rentetan pertemuan dengan seorang gadis berusia 18 tahun. Apa istimewanya anak gadis ini hingga saya terpanggil untuk menulis kisahnya di sini? Mari saya ceritakan;

Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa: 8.15 malam

Menempuh perjalanan penuh sesak dari office di Taman Desa, Klang Lama cukup melelahkan. Apatah lagi, hari ini dari pagi hingga ke petang sibuk memproses bahan rencana juga stress sikit dengan sikap orang yang berurusan dengan saya. Lalu, saya melencongkan perjalanan ke Dataran Merdeka.

Lama rasanya tak melepak di sini, sejak2 saya ‘tak time‘ nak ‘ukur jalan’ di Pasar malam Jalan TAR. Walaupun bukan mlm minggu, tapi sekitar kawasan lapang Dataran tetap meriah dengan pengunjung dan bas pelancong. ‘Bangku batu’ hampir penuh diduduki, jadi mahu tak mahu saya terpaksa menyelit untuk duduk (tak ‘kan nak melepak sambil tegak berdiri kot ‘kan…).

Saya ‘tumpang’ duduk di sebelah seorang gadis yang ralit mengelamun, jauh sekali. Saya sapa dia sambil ‘jual senyum’, “Boleh akak tumpang duduk sini (sambil senyum dan tunjuk ruang yang dimaksudkan).” Si gadis hanya senyum nipis, kemudian terus sambung termenung.

Agak lama kami ‘merenung nasib masing-masing’. Tiba-tiba saya dapat call daripada Mak, kami bersembang sekejap saja dan saya janji nak call semula (tak ‘kan nak bersembang depan orang ramaikan, sangat tak sopan). Kemudian, tiba-tiba si gadis bersuara…

Si gadis: Akak sayang Mak, akak?

Saya: (Senyum) Harap sangat tak ada anak yang benci mak sendiri. Kenapa tanya macam tu?

Si gadis: (Mengeluh…panjang dan berat)

Saya: Tinggal dengan Mak dan Ayah?

Si gadis: (Pandang saya, dan senyum kelat)

Saya: Akak tinggal sendiri, Mak di Serdang dan akak di Danau Kota (cerita saya sengaja memancing topik berbual, biasalah reporter ‘kan)

Si gadis: Kenapa tak tinggal sama?

Saya: Mak akak selesa tinggal sendiri, tapi setiap minggu anak-anak mesti ambil giliran balik jenguk dia. Kami tak ada masalah, lagi pun semua dah besar…ada kehidupan sendiri.

Si gadis: Saya tak suka jumpa Mak! Benci tengok dia! (kemudian mendengus kuat, ada penegasan marah di situ).

Saya: Mak suka marah-marah ye? Biasalah, Mak akak macam tu juga, tapi apabila duduk jauh hari-hari dia call tanya khabar.

Si gadis: Mak tak bagi saya kawin, saya mintak banyak kali…tapi Mak tak bagi!

Saya: Emmm…Sebab?

Si gadis: Pakwe saya dah kawin, ada dua anak. Saya cakap pada Mak, saya tak kisah. Saya cintakan dia, dia buat saya bahagia. Mak dan Ayah tak pernah buat saya rasa bahagia, semua tak boleh…itu ini tak boleh!

Saya: Pakwe ada datang jumpa Mak dan Ayah?

Si gadis: Tak, dia kata kalau Mak dan Ayah tak bagi kawin buat apa jumpa!

Saya: Berapa lama adik kawan dengan Pakwe tu?

Si gadis: Kami bukan kawan, kami bercinta!

Saya: Oh…sorry. Iya, bercinta. Dah lama?

Si gadis: Sejak tingkatan lima, tapi kami jumpa sorok-sorok sebab tak nak bini dia tahu.

Saya: Sekarang isteri dia dah tau?

Si gadis: Dah, pernah datang serang saya tiga kali. Tapi saya tak kisah, janji ‘Abang’ nak kawin dengan saya.

Saya diam (sebenarnya mengumpul kesabaran, mengekang kemarahan dan mencari kata-kata terbaik untuk gadis itu). Lama saya berdiam, saya pandang kereta yang lalu lalang. Saya masih menunggu masa sesuai untuk bersuara semula. Tiba-tiba, si gadis menyambung kisahnya.

Si gadis: Salah ke kalau saya kahwin suami orang? Pakwe saya tu baik, selalu pujuk apabila saya sedih…bila Mak marah-marah. Tak ada lelaki yang sesuai dengan saya kecuali dia, saya tak boleh hidup tanpa dia!

Saya: Pujuklah dia jumpa Mak dan Ayah, mana tahu kali ni mereka setuju (kata saya cuba berdiplomasi, belum masanya untuk saya ‘serang’ otak dia hehehe…).

Si gadis: Tak guna! Mak dan ayah degil. Mak lagi degil! Mak kata kalau saya kawin dengan laki orang, nanti hidup saya susah. Mak tak sedar diri dia, ayah tak kawin dua pun hidup kami tetap susah. Result SPM saya tak bagus pun sebab Ayah tak boleh hantar saya pergu tuisyen. Saya tak dapat masuk kolej macam kawan-kawan lain. Saya layak kerja kilang kat Keramat tu je, masuk pagi balik malam. Masuk malam, balik pagi. Bosan! hari-hari hidup saya sama je, sebab tu saya nak kahwin cepat. Bila ada suami…anak, mesti hidup saya tak bosan lagi!

Ya Allah, indahnya ‘angan-angan’ budak ni. Iya, itu yang terdetik di hati saya tatkala mendengar setiap bait kata-katanya.

Saya: Belum tentu semudah itu dik… (Bersambung – Kisah ‘Tegar’ & ‘Saya nak bunuh diri’ -bahagian 2)

* Info penyumbang:
Penulis berpengalaman lebih 15 tahun dalam dunia kewartawan dan penulisan. Pernah menulis di beberapa buah majalah gaya hidup, tabloid dan turut menjadi blogger sambilan. Boleh baca tulisan lainnya di www.ayuqhaatami.blogspot.com
Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply