Tuesday, Oct 16, 2018
HomeKisahKisah ‘Tegar’ & “Saya nak bunuh diri” – Bahagian 2

Kisah ‘Tegar’ & “Saya nak bunuh diri” – Bahagian 2

“Ketika kamu berada pada titik yang sangat rapuh, maka mintalah kekuatan hanya kepada-Nya.”

Angan-angan hati memang indah, apatah lagi jika disertai emosi tanpa sempadan. Sama seperti kisah gadis manis yang saya ceritakan dalam bahagian pertama, semua impiannya mengenai kehidupan bersama kekasih hati indah belaka.

Advertisements

Pun, bukanlah salah dia sepenuhnya. Mungkin gadis seusia dia terlalu naif dengan kenyataan hidup yang adakala ‘jauh panggang dari api’. Ikuti sambungan (bahagian akhir) kisah gadis manis ini;

Baca juga: Kisah ‘Tegar’ & “Saya nak bunuh diri” – Bahagian 1 

Bahagia selepas kahwin

Gadis manis: Kenapa pulak, saya tengok kawan-kawan dekat kilang hidup bahagia lepas kawin. Pergi jalan-jalan, makan sama-sama. Raya pergi shopping, beli mcam-macam.

Aduhai, naifnya dia.

Saya: Hidup kita belum tentu sama dengan orang lain dik. Hmmm…adik nak dengar satu cerita tak?

Gadis manis itu angguk, lalu saya berkisah mengenai perjalanan hidup saya (rasanya tak perlu saya ‘tumpahkan’ di sini kisah itu…cukuplah antara kami berdua saja). Dipendekkan cerita, si gadis nampak sangat teruja mendengar satu persatu kisah hidup saya (tetap saya tapis sikit, tak bolehlah semuanya dikongsi. Kami pun baharu kenal).

Gadis manis: Saya ingat, hidup saya selama ni teruk…tak best…tak gembira. Rupa-rupanya hidup akak lagi ‘sakit’. Macam mana akak tahan? Akak tak rasa macam nak bunuh diri? Asyik asyik rasa nak bunuh diri, baik mati daripada kehilangan ‘Abang’!

Saya: Hish… Tuhan beri kita akal yang sihat untuk kita guna dengan waras. Mesti ada sebab kenapa Dia tak bagi apa yang kita nak dan yang pasti Dia nak bagi kita yang terbaik. Tak ada mana-mana Mak Ayah yang nak anaknya hidup susah… sedih. Mereka tak beri adik kesenangan hidup sebab tak mampu. Hmmm… Satu contoh lagi, adik kenal penyanyi Indonesia, Tegar namanya. Pernah dengar tak nama tu?

Gadis manis: Mestilah, kat kilang selalu pasang lagu dia. Errr…ala lagu yang ‘dolu…dolu’ tu.

Saya: Betul, pandai. Paham tak apa dia cuba ‘cakap’ dalam lagu tu?

Gadis manis: Paham sikit-sikit, pasal dulu dia miskin sekarang orang sayang.

Mahu ubah hidup

Saya: Dia nak cakap, dulu hidup dia susah…jadi pengemis, orang pandang hina…tapi dia tetap bersabar dan kerja keras untuk bantu keluarga. Sekarang Alhamdulillah, Allah beri dia ganjaran. Iya, hidup kita ni macam roda. Dalam hidup kena berusaha untuk ubah nasib diri. Tak boleh hanya nak berserah kat Tuhan, bersedih…salahkan orang lain dan nasib. Walaupun sekarang ni Allah beri kita kehidupan yang susah… miskin dan tak gembira tapi kita kena berusaha.

Gadis manis: Sebab itu saya nak kawin, saya nak ubah nasib saya…saya nak hidup bahagia.

Saya: Iya, akak paham…akak tau. Tapi biarlah kebahagiaan yang kita cari itu dengan redha Mak Ayah. Lagipun, pakwe adik tu dah ada isteri…ada anak-anak, adik tak kesian kat isteri dia?

Gadis manis: Ala, saya bukan suruh dia ceraikan isteri dia pun.

Saya: Hmmm…katakanlah, lepas adik kawin dengan dia. Kemudian, beberapa tahun lepas tu dia cakap nak kawin lagi. Adik marah tak?

Gadis manis: Hish mana boleh, dia nak kawin berapa banyak. Dua cukuplah, nanti tak cukuplah duit dia.

Saya: Mana adik tau tak cukup, habis kalau adik kawin dengan dia…hah cukup ke duit dia?

Gadis manis: Pakwe saya tu kerja kilang je kak, kalau kawin dua saya rasa bolehlah. Tapi kalau ramai-ramai, matilah dia.

Saya: Mana adik tau? Kan dia belum kawin ramai-ramai lagi.

Gadis manis: Mestilah saya, kerja kilang gaji berapa sangat. kalau hari-hari buat OT pun belum tentu dapat 4-5 ribu. Saya kerja kilang…saya tahulah kak!

Saya: Kalau macam tu, samalah macam alasan yang Mak Ayah bagi tu. Walaupun adik belum kawin lagi dengan pakwe adik tu, tapi ikut pengalaman mereka, mereka taulah pakwe adik tu mampu ke tak nak berbini ramai.

Gadis manis diam, dia pandang saya dalam-dalam. Saya senyum, harap mesej cuba diberitahu tu sampailah ke otaknya. Hmmm…aduhai adikku, janganlah naif sangat. Bukan salah kerja kilang atau tak masuk kolej, sekarang ilmu boleh dicari dengan dan dalam pelbagai cara. Walaupun cuma ‘minah kilang’, tapi rasanya masih mampu beli smart phone atau memadai Google ‘ilmu’ di Internet cafe.

* Info penyumbang:  Penulis berpengalaman lebih 15 tahun dalam dunia kewartawan dan penulisan. Berpengalamn menulis di beberapa majalah gaya hidup, akhbar tabloid selain turut menjadi blogger sambilan. Boleh baca tulisan lainnya di www.snapsqueen.blogspot.com

 

comments

FOLLOW US ON:
Impak Biru Serlah Ga
Opps... Jangan Tua S

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja