Friday, Feb 23, 2018
HomeFesyenKolaborasi bergaya Nora Danish & Fashion Valet

Kolaborasi bergaya Nora Danish & Fashion Valet

Koleksi ‘Nora Danish for Fashion Valet’ meraikan keanggunan wanita dengan suntikan monokromatik sempurna.

‘PERANG’ busana raya bermula. Ramai pereka fesyen melancarkan koleksi pakaian raya bersempena menyambut 1 Syawal nanti. Butik dalam talian terkemuka di tanahair, Fashion Valet, turut tampil dengan idea menariknya menerusi kolaborasi bersama pelakon cantik, Nora Danish.

Advertisements

Koleksi ‘Nora Danish for Fashion Valet‘ meraikan keanggunan wanita dengan suntikan monokromatik sempurna untuk melengkapkan lebaran anda. Mengetengahkan paduan rona klasik kombinasi hitam dan putih (melambangkan kekuatan dan kelembutan), koleksi ini mengekalkan feminin dan elegan pemakainya.


Pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof bersama Nora Danish dan model yang mengayakan koleksi ‘Nora Danish for FashionValet

Lebih menarik, koleksi ini turut memberi idea suai padan yang sempurna sama ada boleh dipakai sebagai top ataupun skirt sahaja. Koleksi ini bukan sahaja menawarkan gaya moden nan santun, malah membantu menjimatkan wang kerana anda boleh memakai pakaian banyak kali dalam pelbagai cara.

Bagi memastikan keselesaan pemakain, fabrik lace, beadings dan paneling ditambah dengan berhati-hati untuk menjaga rekaan menarik dengan cara minimalis.

Koleksi busana ‘Nora Danish for Fashion Valet’ boleh didapati bermula 1 Julai 2014, pada harga RM180 – RM250. Ada lapan rekaan busana yang ditawarkan dengan saiz saiz dari XS ke XL dan boleh dibeli secara online di www.fashionvalet.com.

comments

FOLLOW US ON:
Busana raya sentuhan
Sup Ayam Pedas Masam

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja