Kolaborasi Galeri Ariani dan Comfort

0
Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhammad Philip bersama, Pengarah Urusan gedung tekstil, Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel dan Pengarah Pemasaran, Unilever Holdings Sdn Bhd., Herry Budiazhari pada majlis pelancaran kerjasama Ariani dan Comfort.

Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhammad Philip bersama, Pengarah Urusan gedung tekstil, Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel dan Pengarah Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd., Herry Budiazhari pada majlis pelancaran kerjasama Ariani dan Comfort.

Butik eksklusif terkemuka, Galeri Ariani yang menawarkan pelbagai rekaan tudung kreatif dan sofistikated, buat kali pertama bekerjasama dengan peneraju jenama pelembut fabrik, Comfort.

Jalinan kerjasama antara Ariani dan Comfort bertujuan untuk menampilkan golongan wanita dengan keyakinan diri kerana kini, koleksi hijab Ariani telah didatangkan dengan inovasi terbaru Comfort yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan.

Justeru, wanita berhijab kini boleh memakai produk eksklusif Galeri Ariani dengan penuh keyakinan kerana kini disegarkan dengan teknologi Comfort NCAP yang memberikan haruman berpanjangan  hingga 14 hari serta melindungi fabrik daripada bau tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh.

Melalui jalinan kerjasama ini, setiap tudung dan selendang Ariani diharumkan dengan penjagaan fabrik yang terbaik, iaitu melalui penggunaan Comfort Ultra, pelembut fabrik pekat yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan.

Ariani2Sebagai permulaan, semua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman sama.

Bagi memberikan pengalaman lebih indah, pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedungnya bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula dari 1 April hingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggannya bermula dari 24 April hingga 30 Jun 2015.

Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April hingga 31 Julai 2015 apabila membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my.  Maklumat lanjut mengenai kempen ini atau untuk menonton video, sila layari www.facebook.com/ComfortMalaysia.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Berusia 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply