Koleksi musim panas JASPAL glamor & mewah

0
Koleksi musim bunga/panas Jaspal 2014

Koleksi musim bunga/panas Jaspal 2014

SETIAP pakaiannya menampilkan keistimewaan yang mampu memenuhi cita rasa setiap wanita. Sama ada blaus jarang atau gaun sendat, mahupun kasut rona neon atau perincian metalik rekaannya menyerlahkan keanggunan wanita.

Baru-baru ini, JASPAL melancarkan  koleksi musim bunga/panas 2014 yang menampilkan rekaan mewah dan mudah digayakan  dengan perincian khas serta potongan mengikut bentuk badan. Pilihan berona metalik serta kemasan halus dan terperinci sebagai tambahan terkini kepada penggemar fesyen sekali gus menceriakan penampilan setiap wanita

Berinspirasikan kecantikan klasik daripada era keemasan Hollywood,  kegemaran bermusim seperti warna pastel, neutral, corak berbunga dan tema nautika kembali mewarnai suasana, diberi sentuhan baru dengan corak petak merah, putih, hitam terang, neon dan juga tekstur fabrik skuba untuk penampilan edgy segar.

Dapatkan kombinasi penuh bergaya ini yang menyerlahkan ketampilan penuh menawan dengan fabrik sifon dihiasi corak kulit ular dan skirt sendat (pencil skirt) fabrik skuba atau cipta gaya anda yang tersendiri dengan helaian berasingan yang mudah disuai padan.

Sentuhan gaya mewah dan moden.

Sentuhan gaya mewah dan moden.

Misalnya, suntikkan elemen glamor klasik Hollywood dengan gaun sendat kembang dan skirt mini peplum hem untuk gaya hebat penuh feminin pada siang hari atau tampil lebih berani dengan corak geometrik, berbunga terang dan rekaan eksotik untuk keluar bergembira pada waktu malam.

Jika mahu gaya kasual, rekaan berinspirasikan pakaian lelaki, baju panas yang cantik, jaket pendek model boxy, dan koleksi mewah seluar pendek dan skirt mini denim yang sentiasa klasik menyerlahkan faktor gaya untuk bersantai pada hujung minggu.

Group-Photo---JASPAL

Tetamu khas bergambar bersama model yang memperagakan koleksi musim bunga/panas JASPAL 2014 Mid Valley MegaMall.

Jangan tunggu lagi, jadilah orang pertama yang mendapatkan koleksi musim bunga/panas  JASPAL 2014 di butik JASPAL di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply