Koleksi musim bunga Dressing Paula

0
Koleksi musim bunga/panas 2014

Koleksi musim bunga/panas 2014

SEJAK dahulu lagi, cetakan floral sentiasa buat wanita berasa lebih elegean dan anggun. Sejajar jenamanya, Dressing Paula memeriahkan gaya fesyen terkini dengan himpunan musim panasnya, sekali gus sambungan koleksi musim bunga/panas 2014 yang telah dilancarkan awal tahun ini.

Edisi musim panas ini memperkukuhkan dengan gaya dan dinamik yang ditampilkan, menerusi suntikan aura remaja dan polos cetakan floral untuk setiap busana.

Koleksi terkini ini menampilkan cetakan floral, renda dan blaus jarang serta gaun mini yang direka dengan warna-warni serta kesan lapisan digital.

Warna dalam koleksi terbaru tema lembut dan girly. Terdiri daripada biru cair, buih ombak, putih, coral, raspberi dan ungu cair. Menawarkan pilihan busana yang dengan paduan renda, kait bertekstur dan jahitan tepi kontras yang dipadankan dengan rona gula kapas untuk gaya lembut dan polos.

Koleksi musim bunga/panas 2014 turut memperkenalkan himpunan pakaian berinsipirasikan pakaian sukan-mewah yang menampilkan kemeja pendek, skirt berlisu, jaket tweed, skirt panjang  bercetak, skirt panjang berlisu, jaket bercetak dan kemeja jarang dengan sentuhan gaya suka anggun. Pilihan istimewa ini menawarkan gaya bebas dan bertenaga dengan fabrik selesa dipakai.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Berusia 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply