Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya

0
Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya, dipancarkan Qu Puteh bakal menampilkan gabungan peserta musim pertama dan kedua.

Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya, dipancarkan Qu Puteh bakal menampilkan gabungan peserta musim pertama dan kedua.

Jika sebelum ini nyanyian mereka bergema hanya di kaca TV, kini buat julung kalinya persembahan Gegar Vaganza ke pentas berprestij Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya, dipancarkan Qu Puteh bakal menampilkan gabungan peserta musim pertama dan kedua, konsert berkenaan akan berlangsung di Istana Budaya (IB) tiga malam berturut-turut bermula 15 hingga 17 Januari 2016.

Dianjurkan Istana Budaya dan Astro, konsert itu turut mendapat tajaan Pamoga Qu Puteh yang diasaskan Datuk Seri Dr Vida, konsert gilang gemilang ini bakal menampilkan 13 artis setiap malam, tiga pemenang dari setiap musim akan menghiburkan penonton dengan himpunan lagu mereka serta lagu yang pernah mempopularkan mereka menerusi program berkenaan.

Inilah peluang anda untuk melihat sendiri, persembahan secara live dan menggegarkan, antara barisan artis yang dijangka membuat persembahan ialah Siti Nordiana, Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Ayai Ilusi, Rahmat Mega, Haleeda dan Achong.

Tidak ketinggalan Haiza, Amir Ukay’s, Zul HandyBlack, Nizam Laksamana, Sharifah Zarina, Azian Mazwan Safuan, Sheeda, Sam Innuendo, Fazli Zainal dan ramai lagi.Turut menampilkan persembahan istimewa dari Orkestra Tradisional Malaysia.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, ini persembahan pertama anjuran Astro diadakan di pentas IB.

“Kami jangkakan persembahan berbeza dari konsert sebelum ini. Tiada pengkritik, tetapi juri seperti Datuk Ramli MS tampil sebagai pengarah muzik manakala Datuk Khadijah Ibrahim turut menjayakan persembahan.

“Penonton dihiburkan dengan persembahan tanpa henti daripada 13 artis dan dijangka setiap malam 20 lagu disampaikan,” katanya.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply