Krisis Selangor: Sultan perkenan tangguh peletakan jawatan Khalid

0
MENTERI Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan tanda bagus ketika meninggalkan pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini. Sultan Selangor bertitah tangguh penerimaan peletakan jawatan Khalid sehingga pelantikan MB baharu ditentukan. (Gambar: BH Online)

MENTERI Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan tanda bagus ketika meninggalkan pekarangan Istana Bukit Kayangan, Shah Alam selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini. Sultan Selangor bertitah tangguh penerimaan peletakan jawatan Khalid sehingga pelantikan MB baharu ditentukan. (Gambar: BH Online)

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini menangguh penerimaan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) sehingga baginda memberi perkenan untuk melantik pengganti pemimpin kerajaan negeri yang baharu. Abdul Khalid, ketika menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan, di sini pada jam 2.15 petang tadi, menyembah maklum meminta perkenan untuk meletak jawatan. Sehubungan itu, Abdul Khalid memaklumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar hanya selepas pelantikan penggantinya diperkenankan Sultan Selangor. Pada sidang media khas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, Abdul Khalid berkata beliau akan meneruskan tugasnya seperti biasa dalam tempoh itu. “Sultan Selangor sudah mengambil maklum perkara itu keputusan mahu meletak jawatan) dan baginda menangguhkan penerimaan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan Menteri Besar baharu ditentukan. “Ini untuk memastikan pentadbiran kerajaan Selangor berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya. Ketika pertemuan dengan Sultan Selangor pada 11 Ogos lalu, Abdul Khalid memaklumkan kepada Tuanku beliau masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk memegang jawatan itu. Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyatakan sokongan dan menandatangani surat akuan sumpah (SD) kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Abdul Khalid. Berikutan perkembangan itu, Sultan Sharafuddin menitahkan Abdul Khalid supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar sehingga baginda berangkat pulang ke tanah air dan baginda berangkat kembali ke tanah air pada Sabtu lalu. Abdul Khalid yang dilahirkan 14 Disember 1946 di Kuala Selangor adalah Menteri Besar Selangor ke-14 dan yang pertama mewakili PKR. Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli DUN Pelabuhan Klang telah dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu berikutan keengganannya melepaskan jawatan untuk digantikan dengan Wan Azizah. – BH Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply