Kuasa beli terjejas antara faktor cetus krisis kewangan

0

KERAJAAN perlu menangani kenaikan kos sara hidup rakyat secara berkesan bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk berdepan sebarang krisis kewangan global pada masa akan datang, demikian pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila harga barangan, makanan dan bahan api berterusan meningkat, manakala kuasa membeli, khususnya dalam kalangan rakyat negara sedang membangun termasuk Malaysia pula semakin berkurangan.

 

Orang ramai boleh melihat dan turut merasainya pada masa ini apabila harga barangan, makanan dan bahan api yang menjadi kegunaan hari-hari makin meningkat. Ini sudah tentu memberi kesan yang serius ke atas kuasa membeli mereka” Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri
“Orang ramai boleh melihat dan turut merasainya pada masa ini apabila harga barangan, makanan dan bahan api yang menjadi kegunaan hari-hari makin meningkat. Ini sudah tentu memberi kesan yang serius ke atas kuasa membeli mereka.

Krisis kewangan
“Apabila kuasa membeli terjejas dan makin turun dari hari ke hari, ia akan menjadi antara faktor utama yang akan mencetuskan krisis kewangan,” katanya pada sidang media selepas sesi persidangan meja bulat bertajuk Surviving the Next Glo-bal Financial Crisis bersama lima pakar ekonomi dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), dan China, di Kuala Lumpur, semalam.

Lima pakar ekonomi berkenaan ialah Profesor Dr Cai Penghong (dari Shanghai Academy of Social Science, China); Dr Karen Phillippa Malmgren (Principalis Asset Management, London); Profesor James K Galbraith (University of Texas, AS); Professor L Randall Wray (University of Missouri, USA) dan Robert A Wiedemer (Absolute Investment Management, LLC, USA).

Persidangan sehari anjuran Yayasan Kepemimpinan Perdana itu dibuat bagi membincangkan beberapa isu berkaitan sistem ekonomi dan kewangan global serta langkah sesuai untuk Malay-sia melaksanakan sebagai strategi utamanya bagi mengurangkan kesan krisis kewangan global pada masa depan.

Dr Mahathir berkata, bersandarkan kepada sejarah, ekonomi global akan

mengalami kitaran kenaikan dan penurunan. –Berita Harian

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply